Marinated Beef Steak

February 26, 2010

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya suka masak ini. Kali ini saya ingin “bereksperimen” dengan daging dalam masakan barat. Kita buat Marinated Beef Steak pula. Masakan kali ini agak tinggi kalori dan kolestrolnya. Saya tidak menggalakkan bagi orang-orang yang mempunyai penyakit darah tinggi & paras kolestrol yang tinggi untuk mencubanya. Kalau masih “degil” nak mencuba, sila pastikan anda menyediakan 2 tin air jus nenas dan celery mentah untuk diminum & makan bagi mengurangkan “sakit” anda itu selepas makan daging ini. Tapi saya tak jamin ye! šŸ™‚

Mari kita melihat bahan-bahan untuk memerap daging. Resepi ini adalah untuk 5 orang makan.

+ 5 paket Daging lembuĀ  – sila pilih untuk pan fry sahaja
+ 1 mangkuk bawang besar – dicincang
+ 1 labu bawang putih – dicincang
+ 2 sudu serbuk jintan putih
+ 2 sudu lada hitam hancur
+ 4 sudu Mixed Herbs
+ 2 sudu gula
+ 2 senduk Worcestershire sauce
+ 5 biji limau nipis
+ Garam secukup rasa
+ 1 cawan minyak masak /zaitun /sayuran

Read the rest of this entry »

Advertisements

Kerabu mangga

October 13, 2009

Assalamualaikum wbt hari saya nak berkongsi resepi kerabu mangga. Memandangkan hari ini saya tak bekerja, saya pon bantu mama saya kat dapur. Bahan-bahan untuk membuat kerabu mangga

+ 3 biji mangga muda
+ 1 cawan udang kering
+ 1 cawan kacang goreng
+ 3 labu bawang besar
+ 2 biji cili merah
+ 5 biji cili padi
+ 3 batang serai
+ 4-5 helai daun limau purut
+ 4-5 biji limau nipis (perah ambil jusnya)
+ 1 paket kerisek
+ gula dan garam secukup rasa

kerabu-mangga01

Mula-mula sekali, udang kering disanggai/sautƩ selama 5 minit.

Read the rest of this entry »

Cendawan goreng tepung

August 31, 2009

cendawan-goreng-tepung01

Hari ini ialah hariĀ  pertama saya masak dalam bulan ramadan. Kelmarin semasa berbuka puasa di rumah atok, salah satu juadah berbuka puasa adalah cendawan goreng tepung. Saya rasa itu lah pertama kali saya makan cendawan goreng tepung :D. Jadi bila dah rasa.. teringin juga nak buat sendiri kan. Sebagai xperimen masakan hari ini, saya anggap bahan-bahan dia sama seperti sotong goreng tepung. Ok di sini saya nak beritahu, saya x sukat bahan-bahan ini… ikut sedap rasa saja.

Bahan-bahan untuk membuat cendawan goreng tepung :

+ Cendawan
+ Serbuk kari daging
+ Serbuk jintan putih
+ Serbuk jintan manis
+ Serbuk ketumbar
+ Tepung beras
+ Serbuk kunyit
+ Telur
+ Garam

cendawan-goreng-tepung02

Cendawan ini dikoyak dengan menggunakan tangan saja.. Terima kasih kepada mama saya kerana menolong saya mengoyakkan cendawan ini šŸ˜€

Read the rest of this entry »

Paprik

June 24, 2008


Bahan-bahan untuk membuat paprik.. (hidangan untuk 4 orang)
2 biji bawang besar – dipotong wedges
5 batang serai – diketuk
Ā½ labu bawang putih – diketuk
1 inci halia – diketuk
Cili padi – diketuk (bilangan cili padi ikut suka anda.. nak pedas tambah cili :D)
2 biji cili merah – dipotong memanjang
3-5 helai daun limau purut – dihiris halus
2-3 biji limau nipis – diperah untuk mendapatkan jusnya.


Ayam digoreng separuh masak.


Selepas selesai goreng ayam, keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Kemudian masukkan bahan yang telah dipotong & diketuk tadi.
Read the rest of this entry »

Dalca Sayur

February 26, 2008


1)Bahan-bahan untuk dalca sayur; lobak merah, kentang, kacang bendi & terung. Kacang dal (tiada dalam gambar) direndam di dalam mangkuk sehingga kembang sedikit.


2)Basuh kacang bendi terlebih dahulu sebelum potong. Kalau tak nanti kalau potong terlebih dahulu dan kemudian basuh… lendir pada kacang bendi akan keluar.


3)Potong lobak merah & terungĀ  dalam 4 segi panjang. Kentang pula jika panjang belah dibelah 6.
Read the rest of this entry »