Mee Goreng Mamak

July 12, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. maaf dah lama tak updatekan blog sayasukamasak ini.. biasalah sibuk dengan kerjaya.. Hari ini saya nak berkongsi resepi mee goreng mamak.. Resepi ini untuk 8-10 orang makan.

Bahan-bahannya:
+ 10 biji bawang merah – dikisar
+ 6 ulas bawang putih – dikisar
+ 1 mangkuk daging yang telah direbus
+ Udang & sotong ikut sukatan anda..
+ 1 sudu cili boh
+ 1 sudu tomato puri / sos tomato
+ 1 sudu sos cili
+ 1 senduk kicap
+ 1 sudu serbuk kari daging
+ 3 biji tomato – dipotong dadu
+ 4-6 ketul cucur bawang – dipotong dadu
+ 4 biji telur hancur (scrambled eggs)
+ 2 ketul tauhu goreng – dipotong dadu
+ 4-6 biji cili hijau – dipotong dadu
+ 1-2 labu bawang besar – dipotong dadu
+ 1 ikat sawi – dipotong sederhana kecil
+ 50 sen taugeh
+ 3 paket mee kuning

Read the rest of this entry »

Mee rebus

September 23, 2009

Assalamualaikum wbt, dan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog “Saya Suka Masak”.. Hari raya ketiga, saya ada memasak mee rebus sempena kedatangan sedara mara belah mama saya :D. Mee rebus ini saya buat untuk lebih kurang 10 orang makan.

Bahan-bahannya:

+ Daging lembu
+ 4 biji keledek
+ 4 biji kentang
+ 1 cawan udang kering
+ 4 sekawan; kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji pelaga
+ 4-6 helai daun pandan
+ 4 biji bawang besar – dikisar
+ 7 ulas bawang putih – dikisar
+ 2 inci halia – dikisar
+ 4 batang serai – diketuk
+ 2 inci lengkuas – diketuk
+ 2 cawan serbuk kari daging
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ ½ sudu serbuk ketumbar
+ 3 kotak santan segera
+ 1-2 ketul gula melaka
+ garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan

+ Spaghetti
+ Taugeh
+ Bawang goreng
+ Tauhu goreng
+ Cili merah
+ Cili hijau
+ Daun bawang
+ Telur rebus
+ Limau nipis

mee-rebus01

Ok langkah pertama sekali, rebus daging terlebih dahulu sehingga daging empuk (lembut).
Read the rest of this entry »