Banana Muffins

April 17, 2009

Lepas berjaya membuat Banana Chocolate Chip Muffins tempoh hari, kali ini saya telah pun mencuba membuat Banana Muffins pula. Alhamdulillah (الحمد لله) menjadi muffin saya :D. Mari kita lihat bahan-bahan untuk membuat Banana Muffins. Sebelum itu jangan lupa panaskan ketuhar dalam suhu 200°C.

1 cawan butter/marjerin
2 cawan gula castor
4 biji telur
6 biji pisang emas/montel
2 camca teh esen vanilla
4 cawan tepung gandum
2 camca teh garam
2 camca teh baking powder
1 camca teh baking soda

Mula-mula sekali, putarkan butter bersama gula castor sehingga kembang dan ringan dengan menggunakan mesin pengadun/mixer/hand mixer.

Selepas adunan butter tadi telah kembang dan ringan, masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar.

Read the rest of this entry »

Minta maaf banyak-banyak kerana lama tak mengemaskinikan laman blog saya suka masak ini. Sibuk dengan kerjaya menyebabkan saya tangguhkan sahaja projek ini. Ahad yang lepas, saya dapat meluangkan sedikit masa saya untuk mencuba resepi baru iaitu Banana Chocolate Chip Muffins.  Sebelum itu panaskan ketuhar dalam suhu 200°C. Mari kita lihat bahan-bahannya..

220g tepung gandum
100g brown sugar
15g baking powder
½ suduteh garam
85g chocolate chips
½ suduteh serbuk kulit kayu manis
½ suduteh serbuk buah pala (nutmeg)
1 biji telur
60ml minyak sayuran
60ml susu
225g pisang montel/emas

Mula-mula masukkan bersama tepung gandum, brown sugar, garam, serbuk buah pala, baking powder, serbuk kulit kayu manis dan chocolate chips dan gaul rata hingga sebati.

Read the rest of this entry »

Kek Coklat

June 24, 2008


Kali ini saya nak masak kek coklat. Bahan-bahannya adalah seperti berikut :
225g Mentega
450g Gula putih (nak guna gula castor pun boleh)
475ml air panas
85g Serbuk koko
9g Baking soda
2g Baking Powder
3g Garam
345g Tepung Gandum
4 biji telur
8ml esen vanilla


Pertama sekali, panaskan ketuhar pada suhu 175c terlebih dahulu. Kemudian bancuhkan serbuk koko dengan air panas. Dengan menggunakan whisk, kacau serbuk koko itu sehingga larut dalam air panas. (kalau takde whisk, pakai senduk kayu pun boleh)


Ayak tepung gandum bersama-sama garam, baking powder dan baking soda.
Read the rest of this entry »