Ayam & Ikan Panggang

August 31, 2009

ayam-ikan-panggang01

Selamat hari merdeka dan salam ramadan. Hari ini saya nak xperimen masak ayam & ikan percik sebenarnya. Tapi akhirnya menjadi ayam & ikan panggang. Lebih tepat rasanya sama seperti lauk ayam pengantin. Ok takpe, nanti saya mencari resepi lama koleksi mama saya pula. Bahan-bahan untuk memasak ayam & ikan panggang adalah seperti berikut:

+ 1 ekor ayam*
+ 6 ekor ikan kembung*

Bahan kisar
+ 20-25 biji bawang merah
+ 10 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 inci lengkuas
+ 5 batang serai

Bahan lain
+ 1 sudu makan serbuk jintan manis
+ 1 sudu makan serbuk jintan putih
+ ½ sudu makan serbuk ketumbar**
+ 1 sudu makan serbuk kunyit
+ 2-3 kulit kayu manis
+ 10 kuntum bunga cengkih
+ 5 kuntum bunga lawang
+ 5 biji buah pelaga
+ 3 helai daun pandan
+ 1 sudu makan cili boh
+ 2 paket – santan pekat
+ Garam secukup rasa

*Menu hari ini saya gunakan ayam dan ikan. Kalau hendak masak ayam sahaja, kurangkan bahan-bahan ini kepada setengah bahagian sahaja.
**Serbuk ketumbar sudah habis, jadi saya gunakan biji ketumbar. Biji ketumbar ini kemudiannya disangai terlebih dahulu sebelum dikisar kering sehingga halus.
Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu di antara 220°C – 240C°.

Read the rest of this entry »

Advertisements

Ikan Pari Bakar

February 2, 2008


1)Hari ini saya nak masak ikan bakar… cekik darah makan kat D’Santai…. saya cakap kat mama saya..suh beli ikan pari kat pasar Nilai … Hari ini saya nak bakar ikan pari bakar hehhee…..

Bahan-bahan utama nak bakar ikan; bawang besar, bawang putih, halia dan serai.


2)Bahan-bahan tadi boleh dikisar halus atau pun ditumbuk halus dengan batu lesung…
Read the rest of this entry »