Marinated Beef Steak

February 26, 2010

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya suka masak ini. Kali ini saya ingin “bereksperimen” dengan daging dalam masakan barat. Kita buat Marinated Beef Steak pula. Masakan kali ini agak tinggi kalori dan kolestrolnya. Saya tidak menggalakkan bagi orang-orang yang mempunyai penyakit darah tinggi & paras kolestrol yang tinggi untuk mencubanya. Kalau masih “degil” nak mencuba, sila pastikan anda menyediakan 2 tin air jus nenas dan celery mentah untuk diminum & makan bagi mengurangkan “sakit” anda itu selepas makan daging ini. Tapi saya tak jamin ye! 🙂

Mari kita melihat bahan-bahan untuk memerap daging. Resepi ini adalah untuk 5 orang makan.

+ 5 paket Daging lembu  – sila pilih untuk pan fry sahaja
+ 1 mangkuk bawang besar – dicincang
+ 1 labu bawang putih – dicincang
+ 2 sudu serbuk jintan putih
+ 2 sudu lada hitam hancur
+ 4 sudu Mixed Herbs
+ 2 sudu gula
+ 2 senduk Worcestershire sauce
+ 5 biji limau nipis
+ Garam secukup rasa
+ 1 cawan minyak masak /zaitun /sayuran

Read the rest of this entry »

Daging Merah

May 4, 2009

Dah lama tak masak daging merah. Resepi ini saya belajar masa zaman saya belajar masak di ITM Shah Alam satu ketika dulu. Macam biasa sebelum kita pergi ke proses memasak, saya nak berkongsi tips untuk mencuci daging. Lepas beli daging dari pasar, jangan lupa rendamkan daging itu dengan tepung dan air. Ini adalah untuk menghilangkan bau hamis daging lembu. Biarkan seketika selama 15 minit dan cuci hingga bersih.

Kemudian masukkan daging tadi di dalam periuk berisi air. Masukkan juga pewarna merah mengikut citarasa anda. Sebagai contoh, saya menggunakan 2-4 sudu makan hanya sekadar untuk mewarna daging tersebut. Rebuskan daging itu sehingga ia meresap pewarna merah tadi. Lepas daging tadi telah kecut sedikit dan meresap pewarna merah, angkat dan biarkan ia sejuk seketika sebelum proses memotong daging tersebut. Air stok daging itu jangan dibuang kerana boleh digunakan dalam masakan nanti.

Sekarang mari kita lihat bahan-bahan untuk memasak Daging Merah ini. Bahan-bahannya adalah seperti berikut :

+ Daging lembu yang telah direbus dengan pewarna merah tadi
+ 2 labu bawang besar
+ 4-6 ulas bawang putih
+ 1 inci halia
+ 2 batang serai
+ 1-2 sudu makan cili kering kisar
+ air stok daging
+ 2-3 sudu makan sos tiram
+ 3-4 sudu makan sos tomato
+ 3-4 sudu makan sos cili
+ secubit asam jawa
+ garam secukup rasa
+ 2 biji cili merah – potong ikut suka hati.. kasar/memanjang /
+ 2 labu bawang besar- potong bulat
+ 5-6 helai daun limau – potong hiris

Read the rest of this entry »