Marinated Beef Steak

February 26, 2010

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya suka masak ini. Kali ini saya ingin “bereksperimen” dengan daging dalam masakan barat. Kita buat Marinated Beef Steak pula. Masakan kali ini agak tinggi kalori dan kolestrolnya. Saya tidak menggalakkan bagi orang-orang yang mempunyai penyakit darah tinggi & paras kolestrol yang tinggi untuk mencubanya. Kalau masih “degil” nak mencuba, sila pastikan anda menyediakan 2 tin air jus nenas dan celery mentah untuk diminum & makan bagi mengurangkan “sakit” anda itu selepas makan daging ini. Tapi saya tak jamin ye!🙂

Mari kita melihat bahan-bahan untuk memerap daging. Resepi ini adalah untuk 5 orang makan.

+ 5 paket Daging lembu  – sila pilih untuk pan fry sahaja
+ 1 mangkuk bawang besar – dicincang
+ 1 labu bawang putih – dicincang
+ 2 sudu serbuk jintan putih
+ 2 sudu lada hitam hancur
+ 4 sudu Mixed Herbs
+ 2 sudu gula
+ 2 senduk Worcestershire sauce
+ 5 biji limau nipis
+ Garam secukup rasa
+ 1 cawan minyak masak /zaitun /sayuran

Cara-cara membuatnya :

Mula-mula kita keringkan daging dengan menggunakan tisu dapur / kitchen towel.

Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan gaulkan sehingga rata pada daging tadi. Kalau ada daun parsley segar, cincang dan masukkan sekali. Saya tak jumpa daun parsley di Giant Nilai hari itu.😛

Ini adalah hasilnya daging-daging yang kita perapkan dengan bahan-bahan tadi.

Kalau ada Zipper Bag / Food Storage Bags, boleh masukkan kesemua daging tadi ke dalam beg plastik ini. Jika tiada, gunakan bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais. Biarkan daging tersebut diperap selama semalaman untuk mendapat rasa daging yang enak, berjus dan lembut. Tapi kalau taknak biarkan semalaman pun tidak mengapa, 1-2 jam sudah memadai.

Mushroom/Black Pepper  Sauce

Bahan-bahan untuk membuat sos:

+ ½ mangkuk bawang besar – dicincang
+ 1 tin cendawan butang – dipotong hiris
+ 1 sudu Mixed Herbs
+ 2 helai Bayleaf
+ ¼ – ½ paket serbuk Demi-Glace Brown Sauce Mix
+ 1 – 2 senduk Worcestershire sauce
+ 1 sudu lada hitam hancur – optional
+ 1 kotak Whipping Cream
+ 50g – 100g Butter

Cara-cara membuatnya :

Larutkan Demi-Glace dengan air sejuk di dalam periuk, supaya tidak berketul-ketul. Kacau dengan whisk (jika ada) dan menggunakan api yang perlahan.

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar bersama-sama dengan Mixed Herbs & Bayleaf. Masak sehingga bawang menjadi layu

Kemudian, masukkan hirisan cendawan butang dan biar ia masak sebentar.

Masukkan pula Demi-Glace yang dimasak tadi dan kacau. Jika sos ini terlampau pekat, masukkan sedikit air mengikut kesesuaian anda. Merenehkan sos ini dengan api yang perlahan.

Sekarang masukkan Worcestershire sauce dan kacau sehingga sebati.

Masukkan Whipping Cream dan kacau. Pastikan anda kacau sos ini supaya tidak hangit.

Akhir sekali, masukkan butter ke dalam sos ini dan kacau sehingga ia benar-benar sebati dengan sos.

Sekarang anda bolehlah memasak beef steak yang telah diperap semalaman.

Hidangan Sampingan

+ Lobak merah
+ Broccoli
+ Putik jagung
+ Kentang
+ Air ais
+ Bawang
+ Mix herbs
+ Minyak masak
+ Mentega/Marjerin
+ Bawang Cincang
+ Garam dan lada sulah
+ Parsley segar – dicincang (optional)

* Hidangan sampingan ini boleh diubah mengikut kehendak selera masing-masing. Boleh sahaja menukar sayur-sayur yang lain ataupun coleslaw. Kentang pula boleh ditukar dengan buttered rice ataupun roti.

Cara-cara nak membuatnya:

Panaskan air sehingga mendidih, jangan lupa masukkan sedikit garam. Bila air sudah mendidih, masukkan lobak merah. Kita akan celur lobak ini “al dente” dalam 1- 2 minit mengikut ketebalan saiz sayur tersebut.

Selepas itu, toskan lobak merah dan masukkan ke dalam air ais untuk memberhentikan proses masak sayur tersebut. Kaedah ini dinamakan “Blanch“. Kaedah  ini juga dapat mengekalkan warna & rasa pada sayur-sayuran. Tak seperti masakan melayu kita, lepas masak aje dah layu warna dia, tak menarik pon untuk dimakan, sebab lapar makan ajekan😛.

Lepas sayur sudah sejuk seketika, angkat dan tos lobak tersebut. Kemudian kita “blanch” juga sayur-sayur yang lain sehingga habis.

Panaskan minyak, tumiskan bawang cincang

Bila bawang cincang tadi sudah layu, masukkan kesemua sayur yang telah di blanched tadi. Masukkan Mixed Herbs, garam & lada sulah secukup rasa. Masak sekejap aje sayur ini sebab kita dah blanched sayur-sayur tadi.

Sekarang untuk masak kentang pula. Panaskan marjerin, masukkan kentang yang sudah di blanched tadi. Masukkan sedikit Mixed Herbs, garam & dan lada sulah. Kalau anda suka, boleh masukkan daun parsley cincang di atas kentang nanti.

Inilah hasil masakan saya minggu lepas.. Marinated Beef Steak with Mushroom sauce. Selamat mencuba!.

37 Responses to “Marinated Beef Steak”

  1. me said

    lama tul nk tunggu en. nizam ni buat eksperimen resepi baru, lotih makcik dibuatnya.. kalau tukarkan daging dgn ayam, leh x?

    • Nizam said

      nak cuba boleh tapi tak digalakkan sebab rasa dia berbeza x sesuai untuk ayam …. tapi kalau nak cuba jugak bahan2 dia kena kurangkan lagi sebab yang saya buat nie utk daging 5 paket besar tu.. takut membazir pulak…

  2. me said

    x sesuai yek. husband arlegic daging, tu yg payah.. k, tqvm.

  3. wanayusuf said

    Salam…
    Bestlah your blog…. step by step lagi…akak nak tanya… worcestershire tu halal tak… akak ragu ragu dengan kandungannya sebab ia produk luar nege. ri.. anyway akak nak cuba resepi ni… tq!

  4. yatt said

    salam.
    first time singgah blog nih. memang menarik step by step. resepi daging ni mcm besh je. nanti nak try la.

  5. me said

    nizammmmmmm…lamanya x update blogggg

  6. kakina said

    Nizam, mcm sedap aja resepi u.
    Daging 5packet? 1 pack berapa berada beratnya?
    Thks nizam..

    • Nizam said

      hahha resepi nie saya buat untuk 5 packet… kalau nak buat satu kena kurangkan bahan2 dia….. tak ingat berapa berat dia.. sebab setiap pack x sama berat….

  7. nurul said

    wow!cam sedap la recipe ni..nnt nak try lah..best la blog ni..🙂

  8. zool said

    first time terjumpa blog ni..akhrinya jumpa gak step by step utk buat steak+marinade…

    Tq nizam..my wife mesti suka!

  9. Mai said

    salam..
    ni 1st time dtg cni..lps puas mncari kaedah msk mskan barat..akhirnya jmp blog yg best ni…vry clear n mudah diikut..thanks..update la slalu ye..^^

  10. misyah said

    best ler blog en.nizam nih. harap2 leh dpt byk lg resepi…

  11. Norasikin said

    Sedapnya tapi kena adjust penggunaan cream untuk lebih jimat. Lg satu tak aci la pakai demi glaze segera. Apa-apahal pun ada juga idea yg saya dapat dari entri ni.

    • Nizam said

      hheheh nak buat boleh.. tapi nak buat kat rumah macam x berbaloi pulak… dah nama ekperiment… kalau ikutkan memang banyak pon krim saya letak..😀

  12. nurul said

    nizam,beef 2 kena goreng ke??

  13. dieanadiea said

    Seronok sangat-sangat tengok resipi ni.
    Step pun sangat mudah difahami.Kene cuba ni.
    Tanks Nizam.Slalu-slalula update ok!

  14. aina said

    wow, mmg best resipi nie… step by step lagi, 2 yg buatkan saye teringin nk cube wt….

  15. Khair said

    Salam, Saya memang suka masak bila weekend. Weekend biar my wife rest. Saya dah cuba banyak resepi, tapi nie nampak almost complete dan siap dengan step-by-step. Thanks Chef Nizam. Keep it up Bros.

  16. sean said

    mmm… knp lah u all ni naive sangat? mudah terpengaruh dgn visual element (gmbar) asal nmpak gmbar cntik terus kata best. org2 mcm u all ni lah salesmen/girls suka. cuba tengok kat step dia. ada ke blogger citer mcm mana nak grill stik tu smpai perfectly done. coz, nak buat stik ni, that part yang paling penting. kalau sos nya sedap, tapi stiknya kering hangus, x dak siapa nak makan. sepatutnya the focus should be on how to grill the daging tu. overheating buat daging tu hanngus tp x msk kat dlm. too slow heat mnjadikan daging tu kering kat dalam. mcm mkn rubber band je. So, mcm mana nak masak grill stik to perfection? tuan blogger may want to add some things to the steps…

  17. mama tiger said

    terimakasih kerana share resepi,agaknya ada petua lain lagi tak nak share bila kita makan daging tu rasa emmmmmmhhhhhh yummy sampai tak leh nak lupa gitu.

  18. kurtmaisu said

    Reblogged this on Beautifull Noise Disaster.

  19. syima said

    salam~
    abg nizam nak tanye daging tu kalu nak beli bahagian ape ek?
    mekasih~

  20. Afif Jisman said

    Worchestershire sauce tu bkn haram ke?

  21. Ell said

    Lepas ni boleh la saya buat sendiri, selalu beli je yang siap marinated, tq for sharing🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: