Nasi ayam

December 11, 2009

Hari ini negeri Selangor cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor. Menu nasi ayam ini dibuat atas permintaan 2 orang anak buah saya iaitu kakak yaya dan adiknya apiz, masing-masing berumur dalam 4 tahun lebih dan 2 tahun lebih. Selalunya diorang nie susah sangat nak makan nasi, selalu makan pasta, sup dan roti. Makan nasi pon ikut mood aja, itupun makan sikit aja.

Oklah kita lihat bahan-bahan untuk  memasak nasi ayam. (8-10 orang makan)

Sup

+ 1 biji bawang besar – mayang halus
+ 7 ulas bawang putih – mayang halus
+ 2 inci halia – diketuk
+ 5 batang serai – diketuk
+ 2 batang kulit kayu manis
+ 5 kuntum bunga lawang
+ 10 kuntum bunga cengkih
+ 4 biji buah pelaga
+ 3 helai daun pandan – dikoyak dua dan diikat simpul
+ 1 senduk sos tiram
+ garam secukup rasa

Panaskan minyak dalam periuk besar. Tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau. Tujuan saya masak sup dalam periuk yang besar ini sebab nanti  kita boleh masukkan stok ini ke dalam kuah cili, kuah kicap dan nasi ayam.

Bila sudah naik bau, masukkan beberapa ketul ayam. Biar ayam itu masak sebentar bagi menghilangkan bau hanyir ayam.

Masukkan 1 senduk sos tiram dan kacau sebentar.

Masukkan air secukupnya dalam anggaran tak sampai melimpah keluar dari periuk anda :p. Masak dengan menggunakan api yang perlahan dan merenehkan ia sehingga ½ jam.

Ayam Goreng

+ Ayam 2 ekor
+ ½ botol kicap
+ 1 senduk sos tiram
+ 2 senduk madu

Masukkan dalam anggaran ½ periuk kecil sup /stok ayam tadi. Tambahkan ½ botol kicap (botol saiz biasa). Kemudian masukkan pula 2 senduk madu.

Merenehkan ayam dalam kuah kicap ini sehingga ¼ masak kerana selepas ini kita akan menggorengkan ayam ini.

Begini rupanya selepas kita merenehkan ayam ke dalam kuah kicap tadi.

Lepas itu kita gorengkan ayam ini dalam minyak yang banyak. (deep fry)

Nasi

+ 1 bekas kecil marjerin planta
+ 1 biji bawang besar – mayang halus
+ 7 ulas bawang putih – mayang halus
+ 2 inci halia – diketuk
+ 5 batang serai – diketuk
+ 2 batang kulit kayu manis
+ 5 kuntum bunga lawang
+ 10 kuntum bunga cengkih
+ 4 biji buah pelaga
+ 4 helai daun pandan – dikoyak dua dan diikat simpul
+ 8 cawan beras
+ ½ camca teh serbuk kunyit
+ garam secukup rasa

Panaskan marjerin, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serai, 4 sekawan dan daun pandan. Tumiskan sehingga layu dan naik bau.

Masukkan 10 cawan atau lebih sup/stok ayam dan biarkan ia mereneh sebentar. Masukkan garam secukup rasa dan ½ camca teh serbuk kunyit.

Masukkan beras yang  telah dibersihkan dan ditos airnya. Untuk 8 cawan beras, saya masukkan 10 cawan air untuk  nasi yang di masak dalam periuk berasingan tadi. Saya masak nasi ini menggunakan periuk nasi elektrik.

Kuah Cili

+ 15-20 biji cili merah
+ 1 labu bawang putih
+ 1 biji bawang besar
+ 2 inci halia

+ 1 senduk sos tiram
+ 1 senduk sos tomato
+ 1 senduk sos cili
+ 2 biji limau nipis
+ garam secukup rasa

Kisarkan semua bahan-bahan tadi untuk membuat kuah cili.

Kemudian masukkan ke dalam periuk dan merenehkan ia sehingga cili itu masak.  Selepas itu masukkan beberapa cawan air sup/stok ayam dan biar ia masak sebentar.


Bila sudah masak, masukkan 1 senduk sos tiram, 1 senduk sos tomato dan 1 senduk sos cili. Lepas itu, masukkan garam secukup rasa.  Biarkan ia mereneh sebentar.
Bila sudah masak, angkat kuah cili ke dalam mangkuk dan biarkan ia sejuk sebentar. Bila ia sudah sejuk sedikit, baru masukkan jus limau nipis.

* Jangan  masukkan jus limau semasa kuah cili sedang panas, takut aroma jus limau nipis itu hilang.

Ok sudah siap nasi ayam kita.. Selamat mencuba!..

Ada sedikit nota saya ingin berkongsi dengan anda semua. Pada asalnya resipi ayam ini ada menggunakan cuka hitam dan madu putih tapi saya ubahkan sedikit kerana keraguan terhadap status halal dengan bahan-bahan ini kerana ada keluar berita tentang bahan-bahan tidak halal tidak lama dulu.

Kemudian bahan-bahan lain untuk disumbat ke dalam perut ayam, resipinya ada di Roasted chicken, cuma ia tidak dibakar dalam oven, dan ia digoreng. Cara-cara untuk mengorengkan ayam tersebut sama seperti resipi nasi ayam ini.

Cuma ada sedikit perbezaan di mana ;

+ ayam bila sudah dibersihkan harus digantung supaya airnya dapat ditoskan sehingga kering. (ayam tidak dipotong kecil ke beberapa bahagian)
+ lepas itu, ayam direndam dalam kuah kicap terlebih dahulu agar kulit ayam tidak rosak semasa hendak goreng nanti dan ia akan digantung semula supaya air kicap di badan ayam
kering.
+ kemudian masukkan bahan-bahan rempah ke dalam perut ayam dan biarkan ia perap.
+ akhir sekali goreng ayam tersebut

23 Responses to “Nasi ayam”

  1. aeyla said

    thanx..for the resepi..tak pernah jumpa resepi camni…nnt nak try…anywiz many thanx sebab berkongsi resepi…

  2. RohayaRoy said

    Salam… thanks for sharing the recipe. Percubaan pertama masak nasi ayam berjaya dengan resepi nizam ni……yahoooo… tq tq tq…

  3. lia said

    1st time try wat nasi ayam guna resepi…. Sedappp!!! Tema kasih sbb sudi berkongsi resepi… Tambah la lagi resepi kbnyk ye… K, tq…

  4. ms_aiman said

    resepi lain dari yang lain2….nak cuba, thks

  5. ally said

    ni nak cuba ni, errr nasi ayam hainan tahu tak camner nak buat? :p

  6. intan said

    hebat sgt..thanks kerana berkongsi rahsia sesama kita…

  7. suri said

    salam..nizam,knapa mesti ada pandan dlm sup tu..x pnah dgr n x pnah cuba.bleh explain sikit

    tq

  8. suri said

    tq nizam.. boleh request x recipe nk buat tepung untuk goreng ayam ala kfc..dan tepung untuk goreng pisang.

    terima kasih..

  9. dyana said

    thankx sbb sudi kongsi resepi..
    tp nak tanye satu soalan..ayam yg dlm sup tu nt direnehkan dlm kuah kicap jgk atau biar je kat dalam sup tu?

    • Nizam said

      stok ayam tu sebagai asas utama…… sebab tu buat banyak sikit…. nanti boleh guna untuk kicap, kuah sambal dan utk sup ….

  10. momma said

    tq share recipe. ayam camgini la fav saya, baru tau cane nak wat.

  11. laila said

    nizam nk tanya knape msti msukkan serai dlm sup tu

  12. aSYIFa said

    salam Nizam..1st time try ikut resepi nizam mse bulan puase ari2..anak2 ckp superb..sedap..termsk arinie..ni kali ke-4 wat nasi ayam..mmg x muak makan..smpai tambah 3x makan..thanks NIzam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: