Cendawan goreng tepung

August 31, 2009

cendawan-goreng-tepung01

Hari ini ialah hari  pertama saya masak dalam bulan ramadan. Kelmarin semasa berbuka puasa di rumah atok, salah satu juadah berbuka puasa adalah cendawan goreng tepung. Saya rasa itu lah pertama kali saya makan cendawan goreng tepung😀. Jadi bila dah rasa.. teringin juga nak buat sendiri kan. Sebagai xperimen masakan hari ini, saya anggap bahan-bahan dia sama seperti sotong goreng tepung. Ok di sini saya nak beritahu, saya x sukat bahan-bahan ini… ikut sedap rasa saja.

Bahan-bahan untuk membuat cendawan goreng tepung :

+ Cendawan
+ Serbuk kari daging
+ Serbuk jintan putih
+ Serbuk jintan manis
+ Serbuk ketumbar
+ Tepung beras
+ Serbuk kunyit
+ Telur
+ Garam

cendawan-goreng-tepung02

Cendawan ini dikoyak dengan menggunakan tangan saja.. Terima kasih kepada mama saya kerana menolong saya mengoyakkan cendawan ini😀

cendawan-goreng-tepung03

Selesai saja mengoyak cendawan tadi, sekarang kita boleh memasukkan bahan-bahan lain seperti sedikit tepung beras, sedikit serbuk rempah kari daging, sedikit serbuk jintan manis, sedikit serbuk jintan putih, sedikit serbuk ketumbar (serbuk ketumbar ini jangan letak banyak sangat, nanti rasa pahit pula), sedikit serbuk kunyit, garam dan juga beberapa biji telur. Gunakan telur ini mengikut berapa banyak cendawan yang anda gunakan. Untuk resepi ini, saya menggunakan 2 paket cendawan dan 3 biji telur.

cendawan-goreng-tepung04

Gaul hingga sebati bahan-bahan tadi bersama cendawan.

cendawan-goreng-tepung05

Panaskan minyak. Bila sudah betul-betul panas, baru lah masuk cendawan tadi. Goreng sehingga garing.

cendawan-goreng-tepung06

Dah siap pun. Saya makan cendawan bersama ayam & ikan panggang. Selamat berbuka puasa!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: