Ayam & Ikan Panggang

August 31, 2009

ayam-ikan-panggang01

Selamat hari merdeka dan salam ramadan. Hari ini saya nak xperimen masak ayam & ikan percik sebenarnya. Tapi akhirnya menjadi ayam & ikan panggang. Lebih tepat rasanya sama seperti lauk ayam pengantin. Ok takpe, nanti saya mencari resepi lama koleksi mama saya pula. Bahan-bahan untuk memasak ayam & ikan panggang adalah seperti berikut:

+ 1 ekor ayam*
+ 6 ekor ikan kembung*

Bahan kisar
+ 20-25 biji bawang merah
+ 10 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 inci lengkuas
+ 5 batang serai

Bahan lain
+ 1 sudu makan serbuk jintan manis
+ 1 sudu makan serbuk jintan putih
+ ½ sudu makan serbuk ketumbar**
+ 1 sudu makan serbuk kunyit
+ 2-3 kulit kayu manis
+ 10 kuntum bunga cengkih
+ 5 kuntum bunga lawang
+ 5 biji buah pelaga
+ 3 helai daun pandan
+ 1 sudu makan cili boh
+ 2 paket – santan pekat
+ Garam secukup rasa

*Menu hari ini saya gunakan ayam dan ikan. Kalau hendak masak ayam sahaja, kurangkan bahan-bahan ini kepada setengah bahagian sahaja.
**Serbuk ketumbar sudah habis, jadi saya gunakan biji ketumbar. Biji ketumbar ini kemudiannya disangai terlebih dahulu sebelum dikisar kering sehingga halus.
Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu di antara 220°C – 240C°.

ayam-ikan-panggang02

Bahan-bahan untuk dikisar, dikisar halus.

ayam-ikan-panggang03

Panaskan minyak, masukkan 4 sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga serta daun pandan. Biarkan seketika sehingga naik wanginya.

ayam-ikan-panggang04

Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masak sehingga naik bau dan garing sedikit.

ayam-ikan-panggang05

Kemudian, masukkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Kacau sehingga sebati. Biarkan ia masak sebentar.

ayam-ikan-panggang06

Selepas itu, masukkan 1-2 cawan air supaya bahan tumis ini tidak hangit.

ayam-ikan-panggang07

Jangan lupa masukkan pula cili boh. Saya hampir terlupa nak masukkannya😛.

ayam-ikan-panggang08

Sekarang masukkan santan pekat pula. Kacau dan biar ia masak sehingga kuah benar-benar kering sedikit dan pekat. Sekali sekala kacau kuah tersebut supaya tidak hangit. Perlahankan api dapur.

ayam-ikan-panggang09

Bila kuah sudah masak, aturkan ayam di atas dulang bakar. Sebelum itu balut dulang tersebut dengan aluminium foil.

ayam-ikan-panggang11

Masukkan ayam ini kedalam ketuhar dan biar ia bakar dalam masa 20-30 minit. Untuk mengetahui ayam itu sudah masak, cucuk daging ayam itu dengan lidi pencucuk. Jika keluar darah, itu menandakan ia belum masak. Jika keluar jus berwarna putih, ia menandakan ayam sudah masak. Jangan terlalu lama masak ayam ini. Ini akan menyebabkan daging ayam kehilangan jus, keras dan tidak sedap untuk dimakan.

ayam-ikan-panggang10

Ambil kuah lebihan tadi dan perapkan pada ikan kembung tadi. Bakar ikan ini dalam masa 10 -15 minit. Ikan cepat dimasak sebenarnya.

cendawan-goreng-tepung06

Ok sekarang sudah siap ayam & ikan panggang kita.. Ini lah menu berbuka saya bersama keluarga saya. Kanan sekali tu, cendawan goreng tepung.:) Selamat mencuba!.

6 Responses to “Ayam & Ikan Panggang”

  1. Jia said

    kalau kiter pakai roast try yg non stick tu, x pe kan x letak alluminium foil…

  2. myiera said

    ayam tu bungkus ngan aluminium foil?? nk bungkus cmne?? or ssun cmtu jer??

  3. neneng kirana said

    akan mencoba tantangan ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: