Banana Muffins

April 17, 2009

Lepas berjaya membuat Banana Chocolate Chip Muffins tempoh hari, kali ini saya telah pun mencuba membuat Banana Muffins pula. Alhamdulillah (الحمد لله) menjadi muffin saya😀. Mari kita lihat bahan-bahan untuk membuat Banana Muffins. Sebelum itu jangan lupa panaskan ketuhar dalam suhu 200°C.

1 cawan butter/marjerin
2 cawan gula castor
4 biji telur
6 biji pisang emas/montel
2 camca teh esen vanilla
4 cawan tepung gandum
2 camca teh garam
2 camca teh baking powder
1 camca teh baking soda

Mula-mula sekali, putarkan butter bersama gula castor sehingga kembang dan ringan dengan menggunakan mesin pengadun/mixer/hand mixer.

Selepas adunan butter tadi telah kembang dan ringan, masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar.


Lenyekkan pisang dan masukkan ke dalam adunan tadi. Jangan lupa masukkan juga esen vanilla. Putarkan sehingga sebati.

Di dalam bekas yang lain, gaulkan rata tepung gandum, garam, baking powder dan baking soda.

Masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung tadi dan putar sehingga sebati.

Bila dah siap, masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk muffin dan bakar ke dalam ketuhar dengan suhu 200°C selama 20 minit.

Inilah hasilnya.. Banana Muffins😀. Layan dowhh.. Tak rugi untuk anda mencuba. Selepas ini xperiment dengan Chocolate Muffin pula😀

10 Responses to “Banana Muffins”

  1. nizniz said

    salam chef….apsal carik kat care4 takde cup macam tuh…beli katne?

  2. ZUE said

    nmpk cam sedap. akak nak cube la resepi ni. mesti anak2 suke makan nie. time kasih ye..

  3. nylsay said

    wah menarik ni… nanti nak try gak

  4. zarini said

    wah bagus la….bole cuba nih…mesti mak mentua aku bertambah sayangggg kat aku lagi..wakakak

  5. orangsukatgkresepi said

    Macam Senang jee.. TAPIIII.. memerlukan kerajianan Tahap Gaban.. apa2 pun HARUSSS Cuba… sebab dah terliur..

  6. chef, apsal dalam gambar ingredients, hanya susu je label dia di blur kan, jenama lain x pun. Good day tak bg ke iklan dia?

    • Nizam said

      hahaha cuba tgk recipe tu mane ade pakai susu…. kita lupa tersnap skali dengan susu…. tu yang blurkan tu… dah lepas masak baru perasan masa nak edit gambar :))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: