Banana Chocolate Chip Muffins

April 7, 2009

Minta maaf banyak-banyak kerana lama tak mengemaskinikan laman blog saya suka masak ini. Sibuk dengan kerjaya menyebabkan saya tangguhkan sahaja projek ini. Ahad yang lepas, saya dapat meluangkan sedikit masa saya untuk mencuba resepi baru iaitu Banana Chocolate Chip Muffins.  Sebelum itu panaskan ketuhar dalam suhu 200°C. Mari kita lihat bahan-bahannya..

220g tepung gandum
100g brown sugar
15g baking powder
½ suduteh garam
85g chocolate chips
½ suduteh serbuk kulit kayu manis
½ suduteh serbuk buah pala (nutmeg)
1 biji telur
60ml minyak sayuran
60ml susu
225g pisang montel/emas

Mula-mula masukkan bersama tepung gandum, brown sugar, garam, serbuk buah pala, baking powder, serbuk kulit kayu manis dan chocolate chips dan gaul rata hingga sebati.

Di dalam bekas yang lain, lenyekkan pisang. Kemudian pukul telur dalam bekas berasingan pula. Selepas itu masukkan ke dalam bekas pisang yang telah dilenyekkan, kacau sambil masukkan minyak sayuran dan susu. Kacau sebati bahan-bahan tadi.

Buat lubang ditengah-tengah adunan dan masukkan adunan cecair tadi.

Kacau kesemua bahan tadi sehingga sebati.

Sekarang, masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk muffin. 1 adunan ini boleh muat dalam 12 mangkuk muffin. Bakar muffin ini dalam ketuhar selama 20-25 minit dengan suhu 200°c (400°F)

huhu dah siap pun… muffin ini saya buat dalam 3 kali bancuhan.. untuk rumah 1, 2 lagi untuk kawan-kawan sepejabat..😀

13 Responses to “Banana Chocolate Chip Muffins”

  1. parim said

    nak 1?
    nak… nak..nak..nak…….

  2. nurli3y said

    wuwuwuu…tringin nak buat tapi takde alatan2nyer…hohoho…
    chef,kalau dtg itis nnt bwk2 la muffin ke sini ek…🙂

  3. lalingku said

    yum..yum..sedapnyer..
    mm..nak tanya sikit pisang tu dalam baper biji ehk..

  4. diya said

    chef, nk tanya kenap sy buat muffin kalo dah simpan dlm peti sejuk muffinnya keras?masa lepas 2 jam buat waaa sgt lembuttt

  5. diya said

    ada sy buh dlm Tupperware ke sbb tu yg jd keras?

  6. diya said

    cara penyimpanan yg betul mcm mana ya? xnk kasi semut dan tahan lama sikit

  7. mya said

    chef, maksud gaul hingga sebati tu, maksudnya jgn over kacau @ kacau smpai sebati yg xda ketul2 kat kita punya adunan tu ke?mengikut putaran jam mcm tu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: