Paprik

June 24, 2008


Bahan-bahan untuk membuat paprik.. (hidangan untuk 4 orang)
2 biji bawang besar – dipotong wedges
5 batang serai – diketuk
½ labu bawang putih – diketuk
1 inci halia – diketuk
Cili padi – diketuk (bilangan cili padi ikut suka anda.. nak pedas tambah cili :D)
2 biji cili merah – dipotong memanjang
3-5 helai daun limau purut – dihiris halus
2-3 biji limau nipis – diperah untuk mendapatkan jusnya.


Ayam digoreng separuh masak.


Selepas selesai goreng ayam, keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Kemudian masukkan bahan yang telah dipotong & diketuk tadi.


Bila bahan-bahan menumis telah layu, masukkan sedikit cili boh. (nak letak cili kering yang dikisar pun boleh)


Agak bila sudah pecah minyak, masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato secukup rasa. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau hingga sebati kuah tersebut dan biarkan ia mendidih sebentar.


Sekarang masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau ayam tersebut hingga mesra dengan kuah paprik ini.


Masukkan pula sayur-sayur seperti lobak merah, bunga kobis (cauliflower), putik jagung dan celery. Sayur kacang panjang takde dalam ini kerana kehabisan stok di dalam peti ais rumah saya. Minyak petrol dah naik😀 … setakat hendak membeli kacang panjang sahaja.. lupakan hasrat murni mu itu😛.

Kacau sayur-sayur tersebut dah biar ia masak dan mesra bersama-sama kuah paprik ini. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan jangan lupa masukkan perahan jus limau nipis tadi.


ok begini laa rupanya paprik ayam kita.. Kalau anda nak letak isi udang ke, daging ke, sotong.. suka hati anda… ikut selera masing-masing… ok Selamat menjamu selera.

23 Responses to “Paprik”

  1. I loooovvvvvvvvvvveeeee paprik..😛

  2. ana said

    Aku xpenah terpikir nak belajar paprik… hari ini aku akan cuba menu ini utk makan malam. Terima kasih.

  3. syarifah sharim said

    wow..yummy! lapar yer.. bagus malam ini ada owunk akan masakan ini untuk beta..sungguh terharu beta..hahaha.. =P ..nnt klu saya rajin saya cuba ok!

  4. faiz said

    i pun naaaaaakkkk

  5. nesra said

    sedapnya … ……x sabar nak cuba……nati
    ajar lagi ye

  6. Saffiah said

    Terima kasih atas resipi ni, memang sedap !! Hari ni masak, husband pun suka, thanks!

  7. ain said

    saya rasa menu ni kurang sedap sebab tak letak tepung jagung dan tomato yang dipotong empat..tepung jagung untuk kuah paprik nampak lagi pekat..baru best..

  8. Nizam said

    Sebenarnya Ain.. tepung jagung adalah ajen pemekat.. Semasa saya buat paprik ini, kuah ini pun dah pekat.. jadi saya rasa tak perlu masukkan tepung jagung…

    Tomato tu saya tak letak sebab kuah tu pun dah masam-masam manis dah..😀

  9. Aghniya said

    salam…ai abg nizam..
    mmg sedap la resipi ni..
    sblm2 ni sy cuba gak resipi len..
    tp x rs sesedap yg abg punye ni…
    thnx..
    ad lg x resipi yg besh2??

  10. ida _18 said

    huhu klu x taruk sos tiram leh x…?ad cadang digantikan dgn bahan lain x..? 0r bahan ni actually x penting sangat.huhu..

  11. ida _18 said

    plz2..huhu sya suka sgt lauk ni..tp x tau masak..harap abg nizam bg respon.

    • Nizam said

      hmmm xleh makan sos tiram ke? ade alergik ke? tapi kalau x letak macam ade rasa kurang aje…. sebab kebanyakkan masakan melayu yang selalu saya masak kesemuanya menggunakan guna sos tiram kecuali dalam masakan gulai seperti masak lemak dan kari..😀

  12. memi said

    best la blog awak.. senang nak faham resepinya..step by step dan ada gambar..keep up da good work..! sy akan selalu refer resepi kat sini..heh heh

  13. nora said

    saya dah cuba resepi tp xder ayam kat umah ni..so saya guna daging jek..tp sedap gak…suami siap puji lagi..mcm makan kat kedai katanya… thanks ye nizam..

  14. azila said

    nak try resepi ni..sos cili n tomato 2 nak ltak bape bayk?

  15. azila said

    sos nak ltak bape bayak..?

  16. kusma said

    alhamdulillah.. sedapnyer tapi makan sorang2..huhu..thanks for sharing

  17. peeja said

    dah cube smlm..walapun xpernah wat paprik..tp hasilnye setanding kedai makan yg sedap..hiihihi..thanks for sharing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: