Sos Tomato

June 22, 2008


Seperti biasa perkara asas untuk membuat sos dalam masakan barat, kita perlu menyediakan air stok rebusan. Klik pautan ini untuk resepi air stok rebusan. Harap maaf kualiti gambar kali ini kurang memuaskan kerana saya menggunakan PDA phone dan bukan kamera digital seperti kebiasaan. (bateri kamera dah kong :P)


Panaskan olive oil (minyak zaitun), masukkan mirepoix dan 1 labu kecil bawang putih (dicincang juga). Jangan lupa masukkan juga gabungan rempah yang mengandungi campuran rempah seperti Basil, marjoram, thyme dan juga oregano yang boleh dibeli di dalam 1 botol di pasaraya berdekatan. Masak sehingga layu.


Kemudian, masukkan tomato pes dan kacau hingga rata. Sila pastikan api tidak terlalu besar ketika memasak.


Lepas itu, kita masukkan tomato concassé dan kacau sebentar.


Petua untuk memekatkan sos, kita perlu memasukkan sedikit tepung. Selepas itu kacau sebentar supaya sebati.


Masukkan air stok rebusan tadi. Kacau dan biarkan ia masak sebentar.


Apabila sos ini hampir masak, kisarkan sos ini didalam mesin pengisar. Selepas itu masukkan kembali sos ini ke dalam periuk. Akhir sekali perasakan sos ini dengan garam dan lada sulah. Jikalau nak rasa pedas sedikit, anda boleh  masukkan sedikit lada hitam yang telah dihancurkan.

2 Responses to “Sos Tomato”

  1. o.d said

    arrrrr bikin gila! o.d nak bookmark blog nizam ni!

  2. Nizam said

    hehe terima kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: