Nasi Beriani

February 26, 2008


1)Untuk nasi beriani.. saya gunakan 3 cawan beras ponni. Kalau anda nak gunakan beras siam pun boleh. Tapi beras ponni nie kurang kanji dan sesuai untuk pesakit diabieties.. Selepas cuci beras, toskan air hingga kering.


2)Bahan-bahan untuk menumis; bawang besar (nak guna bawang merah pun boleh), bawang putih, halia, serai & daun pandan. Bawang besar, bawang, putih, halia dimayang halus. Serai dititik ataupun diketuk. Daun pandan dikoyakkan panjang dan diikat seperti gambar di atas.


3)Bahan 4 sekawan iaitu kulit kayu manis, biji pelaga, bunga lawang dan juga bunga cengkih. Tak lupa juga kismis.


4)Panaskan 1 tin kecil minyak sapi, kemudian masukkan bahan-bahan tadi dan tumis sehingga layu.


5)Masukkan 2 sudu serbuk rempah beriani ke dalam periuk tadi dan kacau sehingga rata. Biarkan seketika supaya rempah tadi masak.


6)Masukkan 1 cawan susu cair dan tambah 9 cawan air. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.


7)Akhir sekali, masukkan beras ponni dan kacau sehingga sebati.. Tutup periuk dan biar ia masak seketika. Bila agak kering sedikit, kacau nasi tersebut supaya tidak melekat. Bila sudah masak, anda boleh taburkan kacang gajus di atasnya.

2 Responses to “Nasi Beriani”

  1. Lina said

    Cool blog..sesuai utk aku yang tak bape terer masak…heheheh..payah sangat aku soh ko je la masak utk aku…hehehehe

  2. Nizam said

    hahhaa… kalau aku rajin laaa… nanti cakap kat mama beli bahan aku masak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: