Ayam Masak Merah

February 26, 2008


1)Memula-mula sekali, gorengkan ayam


2)Masak ayam itu separuh masak supaya jus ayam tu tak kering.


3)Bahan-bahan untuk menumis… seperti biasa 4 sekawan iaitu kulit kayu manis, biji pelaga, bunga lawang & bunga cengkih. Bawang besar ataupun bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar sehingga halus.


4)Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dengan 4 sekawan. Biarkan seketika masak hingga layu dan wangi.


5)Kemudian masukkan 1 cawan cili kering yang telah dikisar halus (8-10 tangkai) ke dalam kuali. Masak cili itu sehingga pecah minyak.


6)Bila sudah pecah minyak, masukkan 1 cawan tomato puri dan kacau sehingga sebati. Masukkan juga sedikit sos tiram. Biarkan ia masak sebentar.


7)Masukkan bawang besar yang sudah dihiris bulat. Nak masukkan kacang hijau dalam tin pun boleh juga… tapi kali ini saya tak letak sebab terlupa nak beli..😀


8)Untuk menyedapkan lagi masakan kita, kita boleh memasukkan 1 cawan susu cair. Kacau hingga sebati dan biar ia masak sehingga mendidih.


9)Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi… kacau hingga sebati dan biar ia masak dan mesra dengan kuah. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.

44 Responses to “Ayam Masak Merah”

  1. waniee said

    MMMMMMMMM sedapnye ayam masak merah ni!! Kalau makan dengan nasi minyak owang kawen ngn sirap owang kawen sdapppnyeeee

  2. Nizam said

    apa lagi try laaa masak😛

  3. Nabilahnadia said

    terliur aku bulan pose tgk ayam masak merah ko ni….uhuhuhuhuhuhuhuhu…

  4. Kak Mus said

    Kalau boleh lain kali tumis dulu cili kering kisar campur gula sikit sampai masak dulu (hilang bau cili) baru masukkan yang lain

  5. alia said

    if goreng cili dulu mana nak ada bau bawang kisar tu yg sebenarnya buat dia wangi, cuma masakkan lebih lama hilang bau cili tu

  6. memi said

    ermm.. mcm tu rupanya..patut la sy buat x sedap…heh heh heh

  7. muheder said

    ELEH…SAYA MASAK SEDAP GAK

  8. sofea said

    klaz…ini lah resepi asli ayam masak merah zmn dolu2.da lame cari br jumpa.tq.

  9. alliza said

    Sedap resepi tu. akak dah cuba.

  10. budak baru belajar said

    da cuba..
    sedap2.. tapi saya ganti cili kering dgn serbuk cili babas..

  11. siti said

    terima kaseh kerana berkongsi ilmu.

  12. atok said

    pergh…… memang sedap, gua dah cuba, memang kena dgn tekak family gua beb, apa-apa pun ribuan terima masih diucapkn kpd nizam kerana tak lokek ilmu.

  13. giegee79 said

    ikut resepi masak merah dulu2 yang ori x letak sos tiram @ apa2 sos .. saya lebih suka resepi asli nti cuba pula santan dan susu dicampur ke2-2nya..

  14. pakaiseparuh said

    hahah..mlm nie aku bru pas cube resepi nie…rase blh tahan jgk….paper pon nice ayam masak merah ….aaa…nk tnye plk..garam xletak ke?..=>

  15. melody said

    saya pun baru je msk, best giler!! tp kalu saya beli tomato sos mesti lg best dan saya terlebih letak 4 sekawan yang kene tumis. hehe very nice recipe~

  16. sofia said

    baru terjumpa blog ni…memang klazzzz…. lg senang faham dengan step by step resepi…mesti cuba seme masakan kat sini…TQVM 4 the resepi…

  17. lana said

    wahhhhhhhhhh nampak sedap.nak cuba petang ni…..
    thankz for recepi yeahhhhh.

  18. jesreen kaur said

    DELICIOUS…………..I LOVE IT…………..
    BETTER TRY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  19. IDA said

    NAMPAK CAM SEJAP JE. KLU TABUR DAUN BAWANG DAN DAUN SADRI N BAWANG GORENG LAGI UMPHH. MACAM LAUK PENGANTIN. TQ YG BAIK HATI BAGI RESEPI NI !

  20. Cik Nur said

    Terbaeekkk~ Setiap kali masak pun guna resepi ni.. Hehe.. Housemates sume suka sgt!!! ;)Try! Try! Try! Thanks!

  21. bunga zahra said

    kalau x letak susu cair pon x pa kan, ganti dgn santan

  22. […] to try out recipes if pictures are available to show me what the final product should look like. The recipe that I followed was from a fellow blogger and to be honest, his recipes are fully detailed, with pictures for every […]

  23. Cocok sekali untuk lebaran ni.. terima kasih sudah berbagi.

    ajiek darminto
    http://dietenak.com

  24. fatimahjohari said

    saya dah cuba untuk masak tengahari tadi..alhamdulillah kawan-kawan kata sedap..hehe..thanks ea..gambar-gambar tu semua sangat membantu..thanks again..:)

  25. it’s a kind of diffrence here in Indonesia, ayam merah literaly means a chinese dish using red yeast rice with intens sweet flavour…..
    but, actually what a name for ……

  26. Cincan said

    Belum cuba masak lgi,Bru nak print cara masak ayam merah..sekali print keluarlah bah pula pic katak ..he3 very funny, INI KALI LAH KATAK MASAK MERAH

  27. ina keraat said

    Assalam..
    sebelum apa apa saya minta maaf ye..saya dah masak guna resepi diatas…jangan marah..terima kasih kerna share resepi ini.., bagus ini resepi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: