Sos Bolognese

January 24, 2008


1)Langkah pertama sekali, siapkan air stok rebusan terlebih dahulu. Kita juga boleh menggunakan tulang ayam ataupun tulang lembu yang telah dibakar di dalam ketuhar. Dalam masakan kali ini saya menggunakan beberapa ketul ayam. Bahan-bahan lain adalah seperti mirepoix iaitu carrot, celery, bawang besar, bayleaf dan juga gabungan rempah untuk sos bolognese. 

Rempah ini boleh dibeli dalam 1 botol di pasaraya berdekatan. Dalam 1 botol tersebut mengandungi campuran rempah seperti Basil, marjoram, thyme dan juga oregano. Jangan lupa masukkan air juga. Kemudian renehkan secara perlahan dengan menggunakan api yang perlahan selama 1 jam atau lebih. Tujuan utama kita merenehkan air stok rebusan ini dengan menggunakan api yang perlahan.. supaya jus-jus pada ayam dan kesemua bahan-bahan tadi mesra/masak secara perlahan untuk mendapatkan air stok rebusan yang sedap.

Nisbah mirepoix:- 2:1:1:1
contoh; bawang besar 200g, celery 100g, carrot 100g dan leek 100g.
Dalam masakan ini saya tidak menggunakan leek. Maka ratio untuk mirepoix ini adalah bawang besar 200g, celery 150g dan carrot 150g. Kesemua bahan ini utk 1 gallon air stok rebusan.


2)Ini adalah mirepoix untuk menumis. Ratio seperti di atas juga. Kesemua bahan tadi seperti celery, carrot dan juga bawang besar dipotong dadu kecil.



3)Panaskan mentega di dalam kuali dan masukkan mirepoix yang telah dipotong dadu kecil tadi. Masukkan juga rempah seperti bayleaf dan juga gabungan rempah untuk sos bolognese ini. Biarkan mirepoix ini masak hingga layu.

*Selain mentega, kita boleh menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa sawit & minyak jagung.


4)Masukkan tomato puree dan kacau sampai sebati.


5)Kemudian masukkan daging cincang dan kacau supaya sebati dengan bahan bolognase tadi supaya daging cincang ini tidak bergentel.


6)Lepas itu, kita masukkan sedikit tepung gandum sebagai bahan pemekat.


7)Masukkan pula tomato concassé iaitu tomato yang telah dibuang kulit dan bijinya, kemudian dipotong dadu kecil kedalam sos bolognase ini.


8)Akhir sekali, masukkan air stok rebusan ke dalam sos bolognase ini. Kacau perlahan-lahan dan kecilkan api. Biarkan sos ini mereneh secara perlahan dan masak sehingga sos ini kelihatan pekat. Jangan lupa, kacau sos tersebut supaya tidak hangit.


9)Masukkan garam secukup rasa dan biar sebentar. Masak sehingga sos kelihatan pekat.

16 Responses to “Sos Bolognese”

  1. waniee said

    Iskk banyak nye masak.. untuk brape orang makan ni? Buat party ke? Cool la ade nisbah2 tu..

  2. Nizam said

    dalam 10 orang bleh laa makan kut…

  3. […] 3)Masukkan sos bolognese dan diikuti dengan sos Béchamel di atas kepingan pasta lasagna tadi. Lepas itu taburkan parmesan cheese ataupun cheddar cheese.. ikut suka anda😀. Untuk resipi sos bolognese… […]

  4. masukan tepung gandum….betul ker…?

  5. siti said

    Thanx sebab sudi share resepi yang menarik kat sini. Keep it up!

  6. zach said

    salam..saya mencari brown stock ngan mashed potato ready made le…sy nak beli yg paket besar tu…susah betol sy cari…saya duduk di area banting,sepang n nilai….kalau2 ada kawan2 yg boleh bgtau sy kat mana nak cari benda2 ni tolong email kan kepada saya ye ASAP….sy nak buka kedai wetern tp major prob nak cari brown stock je huhuhu tq…kalo ada idea nak dptkan daging kambing utk buat lambchop murah2 tolong bgtau sy ye,,,,harap sgt ni…kedai nak open dlm 4 ari lg…bnda ni je tak jumpa2 huhuhu plzzzzzzzzz😦 zakialias@gmail.com

  7. siti zaliha hassan said

    Bolehkah saya guna sos bolognaise dlm botol dan bolehkah di campur dgn tomato puri?

  8. Natasya sweet said

    saya takut salah masak eh…….. nanti lain yg dimasuk saya… macam mana ni?

  9. ina said

    waaahhh!!! tgok tu siap detail ngan pic dier skali..mak oiih !! berkobar2 nak masak nih !!! hhuuiih beselera tgok…..**hihihi cam la sy ni ade tyme nak masak,hahahaa takpe,dah tau resepi,tahun depan leyh masak nih !!

  10. zaza alis said

    aaa sedap sgt,nnt saya cuba yer,tqqq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: