Maaf..

May 27, 2012

Assalammualaikum wbt.. dan salam sejahtera kepada pengunjung blog “saya suka masak”.. maaf dah lama tak update blog ini kerana kesibukan bekerja.. Last kali blog ini dikemaskini pada July 26, 2010.. hahah lama gila tu.. ramai gak yang bertanya ada buat kelas masak ke tak.. x buat buku memasak, buat produk baru bla… bla… bla… ajak buat rancangan masak utk channel AFC pun ada.. bla..bla..

Terima kasih kepada komen-komen yang diberikan dan feedback daripada pengunjung yang telah mencuba resipi di dalam blog ini dan tak juga pada “pekomen yang kurang ajar” pon ada gak.. tak tahu apa motif mamat nie memberi komen negatif… tgk latar belakang xde pon ada ilmu masakan pon cuma meroyan tak bertempat… x tau laaa sama ada dia nie baru saje frust bercinta ke atau gila talak ke hahhaa… ok abaikan mamat tu..

Tentang resipi baru tu nanti2 laa kalau senang hahaa… nak masak pun tiap2 weekend kadang2 balik rumah atok… so projek ini terganggu laa sikit hehehe… Ok jangan risau.. insyaAllah  nanti saya kemaskini kan blog ini… ok boiiii..

2010 in review

January 2, 2011

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers

Featured image

About 3 million people visit the Taj Mahal every year. This blog was viewed about 58,000 times in 2010. If it were the Taj Mahal, it would take about 7 days for that many people to see it.

 

In 2010, there were 3 new posts, growing the total archive of this blog to 30 posts. There were 62 pictures uploaded, taking up a total of 2mb. That’s about 1 pictures per week.

The busiest day of the year was August 19th with 630 views. The most popular post that day was Ayam Masak Merah.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were search.conduit.com, alkiram.net, google.com.my, facebook.com, and en.wordpress.com.

Some visitors came searching, mostly for ayam masak merah, kerabu mangga, masakan barat, resepi daging masak merah, and ayam goreng berempah.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Ayam Masak Merah February 2008
19 comments

2

Daging Merah May 2009
29 comments

3

Kerabu mangga October 2009
15 comments

4

Nasi ayam December 2009
9 comments

5

Paprik June 2008
17 comments

Assalamualaikum.. bertemu lagi kita.. Bila masa tak kerja nie, macam-macam resepi nak dicuba. Dengan kenaikan harga minyak pemotongan subsidi baru-baru ini, ramai yang mengeluh harga makanan/barang akan naik juga seperti biasa.. Nak pula dekat dengan time puasa dan raya..

Mari kita lihat resepi hari ini.. saya ingin menunjukkan cara-cara membuat ayam tandoori, roti naan dan kuah dalca. Resepi ini untuk 6-8 orang makan.

Ayam Tandoori

+ 2 ekor ayam – belah 4

Rempah ratusnya:
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah

Read the rest of this entry »

Mee Goreng Mamak

July 12, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. maaf dah lama tak updatekan blog sayasukamasak ini.. biasalah sibuk dengan kerjaya.. Hari ini saya nak berkongsi resepi mee goreng mamak.. Resepi ini untuk 8-10 orang makan.

Bahan-bahannya:
+ 10 biji bawang merah – dikisar
+ 6 ulas bawang putih – dikisar
+ 1 mangkuk daging yang telah direbus
+ Udang & sotong ikut sukatan anda..
+ 1 sudu cili boh
+ 1 sudu tomato puri / sos tomato
+ 1 sudu sos cili
+ 1 senduk kicap
+ 1 sudu serbuk kari daging
+ 3 biji tomato – dipotong dadu
+ 4-6 ketul cucur bawang – dipotong dadu
+ 4 biji telur hancur (scrambled eggs)
+ 2 ketul tauhu goreng – dipotong dadu
+ 4-6 biji cili hijau – dipotong dadu
+ 1-2 labu bawang besar – dipotong dadu
+ 1 ikat sawi – dipotong sederhana kecil
+ 50 sen taugeh
+ 3 paket mee kuning

Read the rest of this entry »

Marinated Beef Steak

February 26, 2010

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya suka masak ini. Kali ini saya ingin “bereksperimen” dengan daging dalam masakan barat. Kita buat Marinated Beef Steak pula. Masakan kali ini agak tinggi kalori dan kolestrolnya. Saya tidak menggalakkan bagi orang-orang yang mempunyai penyakit darah tinggi & paras kolestrol yang tinggi untuk mencubanya. Kalau masih “degil” nak mencuba, sila pastikan anda menyediakan 2 tin air jus nenas dan celery mentah untuk diminum & makan bagi mengurangkan “sakit” anda itu selepas makan daging ini. Tapi saya tak jamin ye! :)

Mari kita melihat bahan-bahan untuk memerap daging. Resepi ini adalah untuk 5 orang makan.

+ 5 paket Daging lembu  – sila pilih untuk pan fry sahaja
+ 1 mangkuk bawang besar – dicincang
+ 1 labu bawang putih – dicincang
+ 2 sudu serbuk jintan putih
+ 2 sudu lada hitam hancur
+ 4 sudu Mixed Herbs
+ 2 sudu gula
+ 2 senduk Worcestershire sauce
+ 5 biji limau nipis
+ Garam secukup rasa
+ 1 cawan minyak masak /zaitun /sayuran

Read the rest of this entry »

Nasi ayam

December 11, 2009

Hari ini negeri Selangor cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor. Menu nasi ayam ini dibuat atas permintaan 2 orang anak buah saya iaitu kakak yaya dan adiknya apiz, masing-masing berumur dalam 4 tahun lebih dan 2 tahun lebih. Selalunya diorang nie susah sangat nak makan nasi, selalu makan pasta, sup dan roti. Makan nasi pon ikut mood aja, itupun makan sikit aja.

Oklah kita lihat bahan-bahan untuk  memasak nasi ayam. (8-10 orang makan)

Sup

+ 1 biji bawang besar – mayang halus
+ 7 ulas bawang putih – mayang halus
+ 2 inci halia – diketuk
+ 5 batang serai – diketuk
+ 2 batang kulit kayu manis
+ 5 kuntum bunga lawang
+ 10 kuntum bunga cengkih
+ 4 biji buah pelaga
+ 3 helai daun pandan – dikoyak dua dan diikat simpul
+ 1 senduk sos tiram
+ garam secukup rasa

Panaskan minyak dalam periuk besar. Tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau. Tujuan saya masak sup dalam periuk yang besar ini sebab nanti  kita boleh masukkan stok ini ke dalam kuah cili, kuah kicap dan nasi ayam.

Bila sudah naik bau, masukkan beberapa ketul ayam. Biar ayam itu masak sebentar bagi menghilangkan bau hanyir ayam.

Masukkan 1 senduk sos tiram dan kacau sebentar.
Read the rest of this entry »

Kerabu mangga

October 13, 2009

Assalamualaikum wbt hari saya nak berkongsi resepi kerabu mangga. Memandangkan hari ini saya tak bekerja, saya pon bantu mama saya kat dapur. Bahan-bahan untuk membuat kerabu mangga

+ 3 biji mangga muda
+ 1 cawan udang kering
+ 1 cawan kacang goreng
+ 3 labu bawang besar
+ 2 biji cili merah
+ 5 biji cili padi
+ 3 batang serai
+ 4-5 helai daun limau purut
+ 4-5 biji limau nipis (perah ambil jusnya)
+ 1 paket kerisek
+ gula dan garam secukup rasa

kerabu-mangga01

Mula-mula sekali, udang kering disanggai/sauté selama 5 minit.

Read the rest of this entry »

Mee rebus

September 23, 2009

Assalamualaikum wbt, dan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog “Saya Suka Masak”.. Hari raya ketiga, saya ada memasak mee rebus sempena kedatangan sedara mara belah mama saya :D. Mee rebus ini saya buat untuk lebih kurang 10 orang makan.

Bahan-bahannya:

+ Daging lembu
+ 4 biji keledek
+ 4 biji kentang
+ 1 cawan udang kering
+ 4 sekawan; kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji pelaga
+ 4-6 helai daun pandan
+ 4 biji bawang besar – dikisar
+ 7 ulas bawang putih – dikisar
+ 2 inci halia – dikisar
+ 4 batang serai – diketuk
+ 2 inci lengkuas – diketuk
+ 2 cawan serbuk kari daging
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ ½ sudu serbuk ketumbar
+ 3 kotak santan segera
+ 1-2 ketul gula melaka
+ garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan

+ Spaghetti
+ Taugeh
+ Bawang goreng
+ Tauhu goreng
+ Cili merah
+ Cili hijau
+ Daun bawang
+ Telur rebus
+ Limau nipis

mee-rebus01

Ok langkah pertama sekali, rebus daging terlebih dahulu sehingga daging empuk (lembut).
Read the rest of this entry »

Ayam & Ikan Panggang

August 31, 2009

ayam-ikan-panggang01

Selamat hari merdeka dan salam ramadan. Hari ini saya nak xperimen masak ayam & ikan percik sebenarnya. Tapi akhirnya menjadi ayam & ikan panggang. Lebih tepat rasanya sama seperti lauk ayam pengantin. Ok takpe, nanti saya mencari resepi lama koleksi mama saya pula. Bahan-bahan untuk memasak ayam & ikan panggang adalah seperti berikut:

+ 1 ekor ayam*
+ 6 ekor ikan kembung*

Bahan kisar
+ 20-25 biji bawang merah
+ 10 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 inci lengkuas
+ 5 batang serai

Bahan lain
+ 1 sudu makan serbuk jintan manis
+ 1 sudu makan serbuk jintan putih
+ ½ sudu makan serbuk ketumbar**
+ 1 sudu makan serbuk kunyit
+ 2-3 kulit kayu manis
+ 10 kuntum bunga cengkih
+ 5 kuntum bunga lawang
+ 5 biji buah pelaga
+ 3 helai daun pandan
+ 1 sudu makan cili boh
+ 2 paket – santan pekat
+ Garam secukup rasa

*Menu hari ini saya gunakan ayam dan ikan. Kalau hendak masak ayam sahaja, kurangkan bahan-bahan ini kepada setengah bahagian sahaja.
**Serbuk ketumbar sudah habis, jadi saya gunakan biji ketumbar. Biji ketumbar ini kemudiannya disangai terlebih dahulu sebelum dikisar kering sehingga halus.
Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu di antara 220°C – 240C°.

Read the rest of this entry »

Cendawan goreng tepung

August 31, 2009

cendawan-goreng-tepung01

Hari ini ialah hari  pertama saya masak dalam bulan ramadan. Kelmarin semasa berbuka puasa di rumah atok, salah satu juadah berbuka puasa adalah cendawan goreng tepung. Saya rasa itu lah pertama kali saya makan cendawan goreng tepung :D. Jadi bila dah rasa.. teringin juga nak buat sendiri kan. Sebagai xperimen masakan hari ini, saya anggap bahan-bahan dia sama seperti sotong goreng tepung. Ok di sini saya nak beritahu, saya x sukat bahan-bahan ini… ikut sedap rasa saja.

Bahan-bahan untuk membuat cendawan goreng tepung :

+ Cendawan
+ Serbuk kari daging
+ Serbuk jintan putih
+ Serbuk jintan manis
+ Serbuk ketumbar
+ Tepung beras
+ Serbuk kunyit
+ Telur
+ Garam

cendawan-goreng-tepung02

Cendawan ini dikoyak dengan menggunakan tangan saja.. Terima kasih kepada mama saya kerana menolong saya mengoyakkan cendawan ini :D

Read the rest of this entry »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.