Paprik

June 24, 2008


Bahan-bahan untuk membuat paprik.. (hidangan untuk 4 orang)
2 biji bawang besar – dipotong wedges
5 batang serai – diketuk
½ labu bawang putih – diketuk
1 inci halia – diketuk
Cili padi – diketuk (bilangan cili padi ikut suka anda.. nak pedas tambah cili :D )
2 biji cili merah – dipotong memanjang
3-5 helai daun limau purut – dihiris halus
2-3 biji limau nipis – diperah untuk mendapatkan jusnya.


Ayam digoreng separuh masak.


Selepas selesai goreng ayam, keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Kemudian masukkan bahan yang telah dipotong & diketuk tadi.
Read the rest of this entry »

Pizza

June 22, 2008


Saya rasa dah lama tidak membuat pizza. Rasanya sudah belasan tahun agaknya sejak saya meninggalkan Sekolah Menengah Vokasional Sainsrumahtangga (SRT) Setapak Kuala Lumpur. Selalunya kami sekeluarga hanya membeli saja. Ok bahan-bahan untuk membuat doh pizza.. (Sebelum itu panaskan ketuhar di dalam 150-200 degree)

2 sudumakan  Olive oil (minyak zaitun)
1½ cawan air suam
3½ cawan tepung gandum (kalau pakai tepung roti lagi elok kerana ia berprotein tinggi),
1 paket yis segera, garam dan gula.
2 suduteh garam
1 suduteh gula


Mula-mula, kita gaulkan tepung bersama yis segera, garam dan gula. Kalau nak ikutkan cara yang betul kita perlu rendam yis segera dengan air suam, supaya yis itu dapat berkembang.. Hahaha lupa beb.. tapi hasilnya jadi gak pizza yang saya buat :D .


Kalau anda ada mesin pengadun yang besar seperti kitchen Aid, anda masukkan sahaja kesemua bahan tadi. Kalau takde, anda buatkan doh ini di atas permukaan rata seperti kepingan jubin marble yang ditempah khas untuk mencanaikan doh, meja stainless steel ataupun meja makan pon boleh laa… janji tempat kerja anda dibersihkan dahulu sebelum melakukan proses membuah doh ini.

Dalam gambar ini, saya membuat doh di dalam mangkuk pengandun (mixing bowl) .. letih kalau uli doh di dalam mangkuk ini. Saya nasihatkan jangan ikut cara saya. Sekarang masukkan olive oil dan gaul hingga sebati.

Read the rest of this entry »

Sos Tomato

June 22, 2008


Seperti biasa perkara asas untuk membuat sos dalam masakan barat, kita perlu menyediakan air stok rebusan. Klik pautan ini untuk resepi air stok rebusan. Harap maaf kualiti gambar kali ini kurang memuaskan kerana saya menggunakan PDA phone dan bukan kamera digital seperti kebiasaan. (bateri kamera dah kong :P )


Panaskan olive oil (minyak zaitun), masukkan mirepoix dan 1 labu kecil bawang putih (dicincang juga). Jangan lupa masukkan juga gabungan rempah yang mengandungi campuran rempah seperti Basil, marjoram, thyme dan juga oregano yang boleh dibeli di dalam 1 botol di pasaraya berdekatan. Masak sehingga layu.


Kemudian, masukkan tomato pes dan kacau hingga rata. Sila pastikan api tidak terlalu besar ketika memasak.
Read the rest of this entry »

Sibuk

April 21, 2008

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Terima kasih kerana melawat blog masakan saya ini. Saya mintak maaf kerana lambat mengemaskinikan blog saya ini. Untuk pengetahuan anda semua, saya sedang sibuk menghabiskan kerja-kerja di pejabat kerana mengejar dateline untuk package BTP Syariah Pendidikan Islam Tingkatan 4 pada 24/4/2008.

Pada keesokan harinya (25/4/2008).. ialah merupakan hari terakhir saya bekerja di Mediacal Sdn Bhd sebagai Senior Graphic Designer. Ini kerana saya telah mendapat tawaran bekerja di Multimedia University (MMU) Cyberjaya, sebagai Multimedia Designer.

Semasa menaip blog ini, saya baharu sahaja selesai memasak Rendang Ayam, Kuah Kacang dan Nasi impit untuk dibawa ke pejabat pada pagi ini (dah pagi isnin wei!). MInggu lepas, semasa pot luck majlis perpisahan, saya membawa 2 loyang Lasagne.. itu sahaja coretan untuk kali ini..

Terima kasih kepada mama saya kerana turut membantu membeli bahan-bahan dan mise-en-place sebelum saya mula memasak.

Nasi Lemak

March 9, 2008


1)Bahan-bahan utama untuk memasak nasi lemak, serai dan halia  dititik/diketuk, bawang merah dihiris halus dan daun pandan.


2)Beras ponni 3 cawan dibasuh dan ditoskan airnya.
Read the rest of this entry »

Sambal Kosong

March 9, 2008


1)Untuk sambal kosong kita perlukan; bawang merah 15biji, bawang putih 6-7biji, halia 1 inci, cili kering 10 biji dipotong kecil & direndam di dalam air panas, 1 inci belacan. Kesemua bahan tadi dikisar halus.


2)Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan ia masak sehingga pecah minyak.

* Dalam gambar ini xde serai dan daun pandan.. kalau boleh letakkan daun panda dan serai untuk menambahkan aroma di dalam sambal ini.

Read the rest of this entry »

Ayam Goreng Berempah

March 9, 2008


1)Bahan-bahan untuk memerap ayam goreng berempah; bawang merah & halia dikisar halus.


2)Masukkan bahan-bahan kisar tadi ke atas ayam. Campurkan sekali serbuk kunyit 3 sudu, serbuk kari ayam/daging 1 paket kecil, serbuk jintan manis & jintan putih 3 sudu, serbuk ketumbar 1 sudu, garam secukup rasa dan daun kari.
Read the rest of this entry »

Lasagna

March 6, 2008


1)Sebelum itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 200◦C. Selepas itu, sapu rata kesemua permukaan loyang bakar dengan sedikit marjerin. Kemudian masukkan sos Béchamel sehingga meliputi permukaan loyang bakar tadi. Klik link sos Béchamel untuk mendapatkan resipinya.


2)Sekarang, letakkan kepingan pasta lasagna di atas sos Béchamel tadi.


3)Masukkan sos bolognese dan diikuti dengan sos Béchamel di atas kepingan pasta lasagna tadi. Lepas itu taburkan parmesan cheese ataupun cheddar cheese.. ikut suka anda :D . Untuk resipi sos bolognese
Read the rest of this entry »

Béchamel

March 6, 2008


1)Bahan-bahan untuk membuat sos Béchamel. Kita buat roux putih dahalu. Panaskan marjerin. Sementara menunggu marjerin cair, anda bolehlah memanaskan 2 kotak susu segar.


2)Kemudian buat Beurre manié iaitu masukkan 1 cawan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.


3)Jangan lupa.. letakkan juga Onion pique (pikir).. iaitu bawang besar di belah 2, bunga cengkih dicucuk di atasnya dan  ditengahnya  dibelah sedikit supaya boleh diselitkan bayleaf.. nampaknya saya terlupa letak bayleaf kat tengah bawang itu :D .
Read the rest of this entry »

Dalca Sayur

February 26, 2008


1)Bahan-bahan untuk dalca sayur; lobak merah, kentang, kacang bendi & terung. Kacang dal (tiada dalam gambar) direndam di dalam mangkuk sehingga kembang sedikit.


2)Basuh kacang bendi terlebih dahulu sebelum potong. Kalau tak nanti kalau potong terlebih dahulu dan kemudian basuh… lendir pada kacang bendi akan keluar.


3)Potong lobak merah & terung  dalam 4 segi panjang. Kentang pula jika panjang belah dibelah 6.
Read the rest of this entry »