Kerabu mangga
October 13, 2009
Assalamualaikum wbt hari saya nak berkongsi resepi kerabu mangga. Memandangkan hari ini saya tak bekerja, saya pon bantu mama saya kat dapur. Bahan-bahan untuk membuat kerabu mangga
+ 3 biji mangga muda
+ 1 cawan udang kering
+ 1 cawan kacang goreng
+ 3 labu bawang besar
+ 2 biji cili merah
+ 5 biji cili padi
+ 3 batang serai
+ 4-5 helai daun limau purut
+ 4-5 biji limau nipis (perah ambil jusnya)
+ 1 paket kerisek
+ gula dan garam secukup rasa

Mula-mula sekali, udang kering disanggai/sauté selama 5 minit.
Cendawan goreng tepung
August 31, 2009

Hari ini ialah hari pertama saya masak dalam bulan ramadan. Kelmarin semasa berbuka puasa di rumah atok, salah satu juadah berbuka puasa adalah cendawan goreng tepung. Saya rasa itu lah pertama kali saya makan cendawan goreng tepung
. Jadi bila dah rasa.. teringin juga nak buat sendiri kan. Sebagai xperimen masakan hari ini, saya anggap bahan-bahan dia sama seperti sotong goreng tepung. Ok di sini saya nak beritahu, saya x sukat bahan-bahan ini… ikut sedap rasa saja.
Bahan-bahan untuk membuat cendawan goreng tepung :
+ Cendawan
+ Serbuk kari daging
+ Serbuk jintan putih
+ Serbuk jintan manis
+ Serbuk ketumbar
+ Tepung beras
+ Serbuk kunyit
+ Telur
+ Garam

Cendawan ini dikoyak dengan menggunakan tangan saja.. Terima kasih kepada mama saya kerana menolong saya mengoyakkan cendawan ini
Paprik
June 24, 2008

Bahan-bahan untuk membuat paprik.. (hidangan untuk 4 orang)
2 biji bawang besar – dipotong wedges
5 batang serai – diketuk
½ labu bawang putih – diketuk
1 inci halia – diketuk
Cili padi – diketuk (bilangan cili padi ikut suka anda.. nak pedas tambah cili
)
2 biji cili merah – dipotong memanjang
3-5 helai daun limau purut – dihiris halus
2-3 biji limau nipis – diperah untuk mendapatkan jusnya.

Ayam digoreng separuh masak.

Selepas selesai goreng ayam, keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Kemudian masukkan bahan yang telah dipotong & diketuk tadi.
Read the rest of this entry »
Dalca Sayur
February 26, 2008

1)Bahan-bahan untuk dalca sayur; lobak merah, kentang, kacang bendi & terung. Kacang dal (tiada dalam gambar) direndam di dalam mangkuk sehingga kembang sedikit.

2)Basuh kacang bendi terlebih dahulu sebelum potong. Kalau tak nanti kalau potong terlebih dahulu dan kemudian basuh… lendir pada kacang bendi akan keluar.

3)Potong lobak merah & terung dalam 4 segi panjang. Kentang pula jika panjang belah dibelah 6.
Read the rest of this entry »