Paprik

June 24, 2008


Bahan-bahan untuk membuat paprik.. (hidangan untuk 4 orang)
2 biji bawang besar – dipotong wedges
5 batang serai – diketuk
½ labu bawang putih – diketuk
1 inci halia – diketuk
Cili padi – diketuk (bilangan cili padi ikut suka anda.. nak pedas tambah cili :D )
2 biji cili merah – dipotong memanjang
3-5 helai daun limau purut – dihiris halus
2-3 biji limau nipis – diperah untuk mendapatkan jusnya.


Ayam digoreng separuh masak.


Selepas selesai goreng ayam, keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Kemudian masukkan bahan yang telah dipotong & diketuk tadi.
Read the rest of this entry »

Sambal Kosong

March 9, 2008


1)Untuk sambal kosong kita perlukan; bawang merah 15biji, bawang putih 6-7biji, halia 1 inci, cili kering 10 biji dipotong kecil & direndam di dalam air panas, 1 inci belacan. Kesemua bahan tadi dikisar halus.


2)Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan ia masak sehingga pecah minyak.

* Dalam gambar ini xde serai dan daun pandan.. kalau boleh letakkan daun panda dan serai untuk menambahkan aroma di dalam sambal ini.

Read the rest of this entry »