Daging Merah

May 4, 2009

Dah lama tak masak daging merah. Resepi ini saya belajar masa zaman saya belajar masak di ITM Shah Alam satu ketika dulu. Macam biasa sebelum kita pergi ke proses memasak, saya nak berkongsi tips untuk mencuci daging. Lepas beli daging dari pasar, jangan lupa rendamkan daging itu dengan tepung dan air. Ini adalah untuk menghilangkan bau hamis daging lembu. Biarkan seketika selama 15 minit dan cuci hingga bersih.

Kemudian masukkan daging tadi di dalam periuk berisi air. Masukkan juga pewarna merah mengikut citarasa anda. Sebagai contoh, saya menggunakan 2-4 sudu makan hanya sekadar untuk mewarna daging tersebut. Rebuskan daging itu sehingga ia meresap pewarna merah tadi. Lepas daging tadi telah kecut sedikit dan meresap pewarna merah, angkat dan biarkan ia sejuk seketika sebelum proses memotong daging tersebut. Air stok daging itu jangan dibuang kerana boleh digunakan dalam masakan nanti.

Sekarang mari kita lihat bahan-bahan untuk memasak Daging Merah ini. Bahan-bahannya adalah seperti berikut :

+ Daging lembu yang telah direbus dengan pewarna merah tadi
+ 2 labu bawang besar
+ 4-6 ulas bawang putih
+ 1 inci halia
+ 2 batang serai
+ 1-2 sudu makan cili kering kisar
+ air stok daging
+ 2-3 sudu makan sos tiram
+ 3-4 sudu makan sos tomato
+ 3-4 sudu makan sos cili
+ secubit asam jawa
+ garam secukup rasa
+ 2 biji cili merah – potong ikut suka hati.. kasar/memanjang /
+ 2 labu bawang besar- potong bulat
+ 5-6 helai daun limau – potong hiris

Read the rest of this entry »