Pizza
June 22, 2008

Saya rasa dah lama tidak membuat pizza. Rasanya sudah belasan tahun agaknya sejak saya meninggalkan Sekolah Menengah Vokasional Sainsrumahtangga (SRT) Setapak Kuala Lumpur. Selalunya kami sekeluarga hanya membeli saja. Ok bahan-bahan untuk membuat doh pizza.. (Sebelum itu panaskan ketuhar di dalam 150-200 degree)
2 sudumakan Olive oil (minyak zaitun)
1½ cawan air suam
3½ cawan tepung gandum (kalau pakai tepung roti lagi elok kerana ia berprotein tinggi),
1 paket yis segera, garam dan gula.
2 suduteh garam
1 suduteh gula

Mula-mula, kita gaulkan tepung bersama yis segera, garam dan gula. Kalau nak ikutkan cara yang betul kita perlu rendam yis segera dengan air suam, supaya yis itu dapat berkembang.. Hahaha lupa beb.. tapi hasilnya jadi gak pizza yang saya buat
.

Kalau anda ada mesin pengadun yang besar seperti kitchen Aid, anda masukkan sahaja kesemua bahan tadi. Kalau takde, anda buatkan doh ini di atas permukaan rata seperti kepingan jubin marble yang ditempah khas untuk mencanaikan doh, meja stainless steel ataupun meja makan pon boleh laa… janji tempat kerja anda dibersihkan dahulu sebelum melakukan proses membuah doh ini.
Dalam gambar ini, saya membuat doh di dalam mangkuk pengandun (mixing bowl) .. letih kalau uli doh di dalam mangkuk ini. Saya nasihatkan jangan ikut cara saya. Sekarang masukkan olive oil dan gaul hingga sebati.