Marinated Beef Steak

February 26, 2010

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya suka masak ini. Kali ini saya ingin “bereksperimen” dengan daging dalam masakan barat. Kita buat Marinated Beef Steak pula. Masakan kali ini agak tinggi kalori dan kolestrolnya. Saya tidak menggalakkan bagi orang-orang yang mempunyai penyakit darah tinggi & paras kolestrol yang tinggi untuk mencubanya. Kalau masih “degil” nak mencuba, sila pastikan anda menyediakan 2 tin air jus nenas dan celery mentah untuk diminum & makan bagi mengurangkan “sakit” anda itu selepas makan daging ini. Tapi saya tak jamin ye! :)

Mari kita melihat bahan-bahan untuk memerap daging. Resepi ini adalah untuk 5 orang makan.

+ 5 paket Daging lembu  – sila pilih untuk pan fry sahaja
+ 1 mangkuk bawang besar – dicincang
+ 1 labu bawang putih – dicincang
+ 2 sudu serbuk jintan putih
+ 2 sudu lada hitam hancur
+ 4 sudu Mixed Herbs
+ 2 sudu gula
+ 2 senduk Worcestershire sauce
+ 5 biji limau nipis
+ Garam secukup rasa
+ 1 cawan minyak masak /zaitun /sayuran

Read the rest of this entry »

Roasted Chicken

September 27, 2008

Dah lama tak kemaskinikan blog ini, hari ini saya masak roasted chicken untuk berbuka puasa. Mama saya pula masak spaghetti bolognese. Oklah saya nak berkongsi dengan anda cara-cara nak memasak roasted chicken ini.

Mula-mula kita sediakan rempah roasted chicken ini.
+ 2 batang kulit kayu manis
+ 1 sudu makan lada hitam
+ 1 sudu makan gula
+ 1 sudu teh garam.

Kalau nak sedap lagi anda boleh menambahkan lagi kuantiti kulit kayu manis dan lada hitam mengikut selera anda.

Dalam resipi ini, kalau anda ingin menambah lada sulah pun boleh. Saya tak letak dalam resipi ini kerana lada sulah tiada di dapur saya :). Kisar kering kesemua rempah tadi dan jangan kisar hancur sangat!..

Selepas itu, masukkan rempah tadi ke dalam perut ayam.

Sapu rata rempah tadi sehingga rata di atas permukaan perut ayam itu.

Read the rest of this entry »

Pizza

June 22, 2008


Saya rasa dah lama tidak membuat pizza. Rasanya sudah belasan tahun agaknya sejak saya meninggalkan Sekolah Menengah Vokasional Sainsrumahtangga (SRT) Setapak Kuala Lumpur. Selalunya kami sekeluarga hanya membeli saja. Ok bahan-bahan untuk membuat doh pizza.. (Sebelum itu panaskan ketuhar di dalam 150-200 degree)

2 sudumakan  Olive oil (minyak zaitun)
1½ cawan air suam
3½ cawan tepung gandum (kalau pakai tepung roti lagi elok kerana ia berprotein tinggi),
1 paket yis segera, garam dan gula.
2 suduteh garam
1 suduteh gula


Mula-mula, kita gaulkan tepung bersama yis segera, garam dan gula. Kalau nak ikutkan cara yang betul kita perlu rendam yis segera dengan air suam, supaya yis itu dapat berkembang.. Hahaha lupa beb.. tapi hasilnya jadi gak pizza yang saya buat :D.


Kalau anda ada mesin pengadun yang besar seperti kitchen Aid, anda masukkan sahaja kesemua bahan tadi. Kalau takde, anda buatkan doh ini di atas permukaan rata seperti kepingan jubin marble yang ditempah khas untuk mencanaikan doh, meja stainless steel ataupun meja makan pon boleh laa… janji tempat kerja anda dibersihkan dahulu sebelum melakukan proses membuah doh ini.

Dalam gambar ini, saya membuat doh di dalam mangkuk pengandun (mixing bowl) .. letih kalau uli doh di dalam mangkuk ini. Saya nasihatkan jangan ikut cara saya. Sekarang masukkan olive oil dan gaul hingga sebati.

Read the rest of this entry »

Sos Tomato

June 22, 2008


Seperti biasa perkara asas untuk membuat sos dalam masakan barat, kita perlu menyediakan air stok rebusan. Klik pautan ini untuk resepi air stok rebusan. Harap maaf kualiti gambar kali ini kurang memuaskan kerana saya menggunakan PDA phone dan bukan kamera digital seperti kebiasaan. (bateri kamera dah kong :P)


Panaskan olive oil (minyak zaitun), masukkan mirepoix dan 1 labu kecil bawang putih (dicincang juga). Jangan lupa masukkan juga gabungan rempah yang mengandungi campuran rempah seperti Basil, marjoram, thyme dan juga oregano yang boleh dibeli di dalam 1 botol di pasaraya berdekatan. Masak sehingga layu.


Kemudian, masukkan tomato pes dan kacau hingga rata. Sila pastikan api tidak terlalu besar ketika memasak.
Read the rest of this entry »

Lasagna

March 6, 2008


1)Sebelum itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 200◦C. Selepas itu, sapu rata kesemua permukaan loyang bakar dengan sedikit marjerin. Kemudian masukkan sos Béchamel sehingga meliputi permukaan loyang bakar tadi. Klik link sos Béchamel untuk mendapatkan resipinya.


2)Sekarang, letakkan kepingan pasta lasagna di atas sos Béchamel tadi.


3)Masukkan sos bolognese dan diikuti dengan sos Béchamel di atas kepingan pasta lasagna tadi. Lepas itu taburkan parmesan cheese ataupun cheddar cheese.. ikut suka anda :D. Untuk resipi sos bolognese
Read the rest of this entry »

Béchamel

March 6, 2008


1)Bahan-bahan untuk membuat sos Béchamel. Kita buat roux putih dahalu. Panaskan marjerin. Sementara menunggu marjerin cair, anda bolehlah memanaskan 2 kotak susu segar.


2)Kemudian buat Beurre manié iaitu masukkan 1 cawan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.


3)Jangan lupa.. letakkan juga Onion pique (pikir).. iaitu bawang besar di belah 2, bunga cengkih dicucuk di atasnya dan  ditengahnya  dibelah sedikit supaya boleh diselitkan bayleaf.. nampaknya saya terlupa letak bayleaf kat tengah bawang itu :D.
Read the rest of this entry »

Sos Bolognese

January 24, 2008


1)Langkah pertama sekali, siapkan air stok rebusan terlebih dahulu. Kita juga boleh menggunakan tulang ayam ataupun tulang lembu yang telah dibakar di dalam ketuhar. Dalam masakan kali ini saya menggunakan beberapa ketul ayam. Bahan-bahan lain adalah seperti mirepoix iaitu carrot, celery, bawang besar, bayleaf dan juga gabungan rempah untuk sos bolognese. 

Rempah ini boleh dibeli dalam 1 botol di pasaraya berdekatan. Dalam 1 botol tersebut mengandungi campuran rempah seperti Basil, marjoram, thyme dan juga oregano. Jangan lupa masukkan air juga. Kemudian renehkan secara perlahan dengan menggunakan api yang perlahan selama 1 jam atau lebih. Tujuan utama kita merenehkan air stok rebusan ini dengan menggunakan api yang perlahan.. supaya jus-jus pada ayam dan kesemua bahan-bahan tadi mesra/masak secara perlahan untuk mendapatkan air stok rebusan yang sedap.

Nisbah mirepoix:- 2:1:1:1
contoh; bawang besar 200g, celery 100g, carrot 100g dan leek 100g.
Dalam masakan ini saya tidak menggunakan leek. Maka ratio untuk mirepoix ini adalah bawang besar 200g, celery 150g dan carrot 150g. Kesemua bahan ini utk 1 gallon air stok rebusan.


2)Ini adalah mirepoix untuk menumis. Ratio seperti di atas juga. Kesemua bahan tadi seperti celery, carrot dan juga bawang besar dipotong dadu kecil.

Read the rest of this entry »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.