Ayam tandoori, Roti naan dan Dalca

July 26, 2010

Assalamualaikum.. bertemu lagi kita.. Bila masa tak kerja nie, macam-macam resepi nak dicuba. Dengan kenaikan harga minyak pemotongan subsidi baru-baru ini, ramai yang mengeluh harga makanan/barang akan naik juga seperti biasa.. Nak pula dekat dengan time puasa dan raya..

Mari kita lihat resepi hari ini.. saya ingin menunjukkan cara-cara membuat ayam tandoori, roti naan dan kuah dalca. Resepi ini untuk 6-8 orang makan.

Ayam Tandoori

+ 2 ekor ayam – belah 4

Rempah ratusnya:
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah

Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.

Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar. Untuk pengetahuan semua, di dalam resepi ini saya tidak menggunakan pewarna merah.. dah kehabisan stok.. nak beli kat kedai pun dah habis..

Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.

Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.

Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam sahaja.

Bahan-bahan ini habis diperap dari pukul 12  lebih tengahari dan saya biarkan ayam ini ke dalam peti ais selama 5 jam.

Kiranya pada pukul 5-6 petang saya sudah mula membakar ayam tandoori ini di dalam ketuhar dengan kepanasan 170°c selama 1 jam.

Masa ayam tengah diperap di dalam peti sejuk, kita jangan buang masa.. kita buat roti naan pula.

Roti Naan

Bahan-bahannya:

+ 6 cawan tepung gandum
+ 2 cawan tepung berserbuk penaik
+ 1 cawan susu cair
+ ½ buah lemon
+ 1 sudu yis segera
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu gula castor
+ 1 sudu teh garam

Mula-mula sekali, campurkan 1 sudu yis segera dengan air suam dan biarkan ia kembang seketika.

Kemudian, perahkan ½ buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair untuk dijadikan tairu. Nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu.

Lepas  itu, masukkan kesemua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk bulat. Gaulkan tinggi-tinggi dengan tangan bahan-bahan ini sehingga sebati supaya angin dapat masuk ke dalam adunan ini.

Kemudian, letakkan adunan tadi ke atas permukaan licin seperti meja kerja dapur ataupun marble khas untuk mengulikan adunan doh. Kalau ada mixer yang boleh menguli doh pakai aje.. Saya menggunakan tangan saje… bajet tak de nak beli mixer besar :P.

Buatkan lubang ditengah bahan adunan tadi.

Masukkan yis yang sudah kembang tadi bersama-sama tairu. Sekarang mulakan proses menguli dengan tangan.

Jika adunan tadi terlalu kering, anda boleh masukkan sedikit air supaya doh ini dapat diuli dengan lancarnya.

Uli lagi… uli lagi… uli lagi sampai doh menjadi lembut. Jangan malas pula.. :P.

Bila doh sudah boleh dibentuk menjadi bulat, masukkan ke dalam mangkuk bulat dan basahkan tuala dapur dengan sedikit air dan letakkan doh ini berhampiran dengan haba panas seperti di tepi ketuhar supaya doh ini cepat naik kembang dengan jayanya.

Lihat, setelah doh ini dibiarkan selama 1 jam lebih, doh ini menjadi kembang 2 kali ganda dari saiz asal.

Lepas itu, tumbuk doh ini dengan tangan supaya udara dapat keluar.

Taburkan sedikit tepung dan letakkan semula doh yang ditumbuk tadi ke atas meja kerja. Uli sekali lagi menjadi panjang.

Potongkan doh mengikut saiz yang anda suka. Saya memotong dalam saiz agak kecil setebal 1 inci lebih kurang. Kalau suka yang besar, tambahkan beberapa inci lagi ketebalan saiz tersebut.

Kemudian, doh-doh tadi diuli menjadi bulat seperti bola.

Sekarang, canaikan doh bulat tadi sehingga leper seperti gambar di atas. Lepas itu bakar di dalam ketuhar. Dalam kes ini, ketuhar saya kecil sahaja, lagi pun tengah bakar ayam tandoori, jadi saya pun bakar di atas pan leper sahaja.

Ok ayam tandoori sudah, roti naan pun sudah.. mari kita masak kuah dalca pula.

Kuah Dalca

+ 1-2 biji bawang besar – dipotong hiris
+ 5 ulas bawang putih – dipotong hiris
+ 1 inci halia – diketuk
+ 1½ cawan kacang dal – direndam
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu biji sawi
+ 1 batang kulit kayu manis
+ 1 tangkai daun kari
+ 1 cili merah – dipotong hiris kasar
+ 1 cili hijau – dipotong hiris kasar
+ 4-6 biji terung bulat – dibelah dadu besar
+ 1 batang lobak merah besar – dipotong 4 segi panjang
+ 4-6 biji kentang – dibelah dadu besar
+ 4 biji tomato dibelah dadu besar dan dibuang biji

Gunakan pan besar ataupun periuk besar untuk merebus kacang dal yang telah direndam sebentar. Kacang dal ini tidak perlu direndam lama, kerana kacang dal ini mudah diempukkan semasa proses merebusnya.

Gunakan pan yang lebih kecil ataupun periuk kecil, tumiskan bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, biji sawi, kulit kayu manis dan daun kari. Tumis sehingga bahan-bahan tadi menjadi layu.

Bila bahan-bahan tadi sudah layu, masukkan rempah-rempah seperti serbuk cili, serbuk jintan manis dan serbuk kunyit. Tumis sehingga garing. Bila sudah garing, tutup api.

Sekarang kacang dal sudah empuk sedikit, masukkan pula sayur-sayur yang keras seperti kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk.

Bila kentang dan lobak merah sudah empuk, masukkan terung bulat, tomato, cili merah dan cili hijau ke dalam pan besar tadi.

Sekarang barulah masukkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi ke dalam bahan-bahan sayur tadi. Masukkan garam secukup rasa.

Inilah hasilnya Ayam Tandoori, Roti Naan dan Kuah Dalca. Sebelum makan perahkan jus limau nipis ke atas ayam.. Sayang takda pewarna merah. Kalau tak dah lawa dah ayam tandoori saya ini..

Serius saya katakan… resepi ayam tandoori ini lagi sedap dari restoran mamak. Ayam tandoori kat restoran mamak dah laa kering, jus ayam pun sudah kering. Berbeza dengan saya punya, bila kopek sedikit ayam tandoori ini, kita boleh nampak jus dalam ayam ini masih ada lagi… Ok lah saya cabar anda semua mencuba resepi ini.. Jimat lagi duit.. boleh buat banyak hahaa :P

About these ads

54 Responses to “Ayam tandoori, Roti naan dan Dalca”

  1. neny said

    ok2…nanti sy cuba…dah lama ngidam nak mkn ayam tandoori neh!

  2. fida said

    bro..sos pudina dia camner nak buat…suka makan tandori cecah pudina tu…

  3. masz said

    waa..bestnyaa…nak try jugakla…
    cuti2 kat umah tu baik masak…
    dr melanguk je dpn tv kan…

  4. blogresipi said

    Minggu lepas dua tiga kali buat ayam tandoori bakar. Mengidam. :)

  5. su said

    bro!
    roti nan tuh kalau bakar dlm oven bape degree hek?

  6. maznah ismail said

    salam chef nizam,
    akak kena buat resepi ni cuti sekolah nanti sbb anak2 suka sgt. nampak sedap dan keterangan jelas. thankz chef.

  7. formyetc said

    Hi, tq bnyk2…dah try..resepi nie mmg sangat sedap!!!! bbrpa hari asyik makan ayam tandoori jer ;p

  8. zalieda said

    Slm chef,alhamdulillah sedap sgt ayam tandoori nih,saya dah wat baru2 nih..Tq ats resepi yg sempoi nih..Sy dah c/p resepi kat blog saya..

  9. ina said

    Salam…
    saya pernah mkn ayam tandoori dgn sos tairu yg dicampur apa ntah dlm dia…sedap sgat…tau tak camner nak wat sos tu…apa nama sos dia ek??saya tau makan jer,bila dah sedap baru carik nama…hihihi…

  10. Nurul said

    Salam chef…Nk d apakn bahan2 tk sos pudina tu?? Diblend dan d masak ke @ blend cmtu je??
    Harap dpt penjelasan.
    Tima kasih

  11. ina said

    Nizam said ,
    February 22, 2011 at 8:50 pm

    + daun pudina – ikut suka banyak mane nak
    + sedikit garam
    + campur sedikit air panas
    + sedikit cuka
    + sedikit gula

    emmmm ade yg tertinggal bahan ke??..tairu letak tak?alamak saya takde pics dia laaa..nanti kalau saya jumpa lagi sos ni,saya akan snap dan send tuk awak…

  12. myiera said

    mcm sdap jer…t’liur lak tgk…leh x ayam tandori ni mkn ngan nsi ptih or nsi lmak???

  13. laila said

    nak try lah….tapi bila waktu nak masukkan pewarna merah…

  14. aina said

    wow, ari 2 ayah kite belanje mkn ayam tandoori…. sedap…. lpas 2 xlame lpas 2… kite ngn ibu plak cube resipi nie… dr tengahri smpailah tengahari esok pn mkn ayam tandori…. x jemu sebab mmg sedap lagi dr mamak stall pnye! =)

  15. zalieda said

    Assalam nak tanya camner nak wat sos yg manis tuh,Sos pudina dah tau..Tengs ya..

  16. zalieda said

    Selalu mkn kat kedai nasi kandar da dihidangkan dengan 2 jenis sos n kuah dal,sos tuh kale merah,rasa cam manis2 pedas,mmg pekat,tadi sy wat lagi ayam tandoori ni n roti nan,tapi sos saya suh hubby beli kat kedai ajer,hehe..esok baru nak update kat blog,TENGS SGT,AYAM NIH MMG SEDAP..

  17. amza said

    Thank you for sharing these good information, in order to help my son to complete his folio….may be I’ll try your recipe…some day.. Ins ya Allah

  18. ayang said

    sos pudina tu nama inggerisnya mint yoghurt atau cucumber mint yoghurt lah. or better known as tzatziki (in greek). atau bagi kaum india namanya raita. apada chef nizam nie…

  19. ais said

    sos pudina yang saya makan ada rasa pedas. Ada letak cili hijau ke???

  20. Chah said

    thks 4 d resepi…. especially sos pudina tu….(mmg nk tau sgt mcm mne nk buat nya – at last dpt juga!!) mkn kt Penang aje yg sedap. tmpt2 lain x sodap.

  21. raudzah said

    utk bt tairu klu lemon ganti dgn limau blh x…??limau nipis atau limau purut..??

  22. Nampak menarik… Boleh cuba nih… He He He…

  23. hi there,
    nice blog within great recipes and presentation…
    great job!!!!!
    nice to know another male food blogger…

  24. sally said

    Wow nampak macam best nak try laa.. kebetulan bln lepas pegi india ada beli rempah utk ayam tandoori. Mesti cuba ni. Time kaseh.

  25. azina said

    Chef, mcm mana nak buat bawang yg nak mkn dgn ayam tu ye?

  26. ida hj rani said

    Buat utk berbuka puasa ptg ni….

  27. Hayani said

    Alhamdulillah…nampak resepi yg menarik untuk dicuba. Moga Allah merahmati and a

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: