Mee Goreng Mamak
July 12, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. maaf dah lama tak updatekan blog sayasukamasak ini.. biasalah sibuk dengan kerjaya.. Hari ini saya nak berkongsi resepi mee goreng mamak.. Resepi ini untuk 8-10 orang makan.

Bahan-bahannya:
+ 10 biji bawang merah – dikisar
+ 6 ulas bawang putih – dikisar
+ 1 mangkuk daging yang telah direbus
+ Udang & sotong ikut sukatan anda..
+ 1 sudu cili boh
+ 1 sudu tomato puri / sos tomato
+ 1 sudu sos cili
+ 1 senduk kicap
+ 1 sudu serbuk kari daging
+ 3 biji tomato – dipotong dadu
+ 4-6 ketul cucur bawang – dipotong dadu
+ 4 biji telur hancur (scrambled eggs)
+ 2 ketul tauhu goreng – dipotong dadu
+ 4-6 biji cili hijau – dipotong dadu
+ 1-2 labu bawang besar – dipotong dadu
+ 1 ikat sawi – dipotong sederhana kecil
+ 50 sen taugeh
+ 3 paket mee kuning

Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan garing sedikit.

Masukkan pula cili boh, dah biar ia masak sehingga pecah minyak.

Lepas itu, masukkan serbuk kari daging. Kacau dan biarkan ia masak sebentar.

Bila serbuk kari sudah agak garing sedikit, masukkan sos tiram, tomato puri dan sos cili. Dalam resepi ini, kita juga boleh menggunakan sos tomato menggantikan tomato puri. (kes lupa beli sos tomato
)

Sekarang, masukkan kicap dan kacau sehingga sebati.

Kemudian masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusannya. Jangan lupa masukkan juga udang & sotong dan biar ia masak sebentar.

Masukkan pula sayur sawi & taugeh, kacau dan biarkan ia masak sebentar.

Sekarang masukkan tomato, cucur bawang, telur hancur, tauhu goreng, cili hijau dan bawang besar yang telah dipotong dadu tadi. Kacau hingga sebati dengan kuah.

Leraikan mee kuning ini supaya senang untuk digaul rata dengan kuah tadi. Kacau mee kuning sehingga sebati dengan kuah. Jika rasa ada rasa kurang garam, tambahkan sahaja sedikit garam. Dalam resepi ini saya tidak menggunakan garam langsung, kerana kicap, sos tiram dan sos cili sudah pun mempunyai rasa.

Bila sudah masak, taburkan kacang hancur, bawang goreng, daun bawang, cili merah potong dan juga limau nipis. Selamat mencuba
nizammmm…i miss uuuuuuuuuu (terus memberi komen tanpa membaca entry pasal mee goreng kerana terlampau excited)
jangan lupa…. mencuba resepi ini…
nape pakai cili boh bro? pakaila cili kering yg dah diblender…;-)
tu jer ade kat rumah… nak pegi kedai malas laa… hanya sekadar nak beli cili kering buang minyak keta aje
telur hancur uh cam ne ek
telur dipecahkan kat dalam mangkuk…. lepas tu goreng macam telur dadar…. lepas tu kita kacau dia dgn sudip sampai hancur
ou k tq bro
bwu blaja nk masak
dok bujang base la
hehe
ok …selamat memasak bro..
Thnx for sharing, sbb kadang2 nak tukar selera juga.
Sedapp dah Cuba buat
thankzz sbb resepi ni mmg sedap..da try buat smua terangkat mkn mee goreng ni..
hehe yeker… nanti boleh buat lagi…