Kerabu mangga

October 13, 2009

Assalamualaikum wbt hari saya nak berkongsi resepi kerabu mangga. Memandangkan hari ini saya tak bekerja, saya pon bantu mama saya kat dapur. Bahan-bahan untuk membuat kerabu mangga

+ 3 biji mangga muda
+ 1 cawan udang kering
+ 1 cawan kacang goreng
+ 3 labu bawang besar
+ 2 biji cili merah
+ 5 biji cili padi
+ 3 batang serai
+ 4-5 helai daun limau purut
+ 4-5 biji limau nipis (perah ambil jusnya)
+ 1 paket kerisek
+ gula dan garam secukup rasa

kerabu-mangga01

Mula-mula sekali, udang kering disanggai/sauté selama 5 minit.

kerabu-mangga02

Kemudian, masukkan udang kering tadi ke dalam batu lesung dan tumbuk sehingga lumat.

kerabu-mangga03

Sekarang tumbuk kacang dan biar hancur kasar sahaja supaya kerabu mangga ini ade rasa ranggup. (paham ke? :P )

kerabu-mangga04

Potong buah mangga secara memanjang.

kerabu-mangga05

Bawang besar, serai, cili padi & daun limau purut dimayang. Cili merah dipotong memanjang.

kerabu-mangga06

Masukkan kesemua bahan-bahan tadi, kerisek, air asam limau, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga sebati semua bahan-bahan tadi.

kerabu-mangga07

dah siap pun.. selamat mencuba yeah!

2 Responses to “Kerabu mangga”

  1. Blog Resipi said

    Amboi…sedapnya nampak kerabu mango tu. :)

Leave a Reply