Banana Muffins

April 17, 2009

Lepas berjaya membuat Banana Chocolate Chip Muffins tempoh hari, kali ini saya telah pun mencuba membuat Banana Muffins pula. Alhamdulillah (الحمد لله) menjadi muffin saya :D . Mari kita lihat bahan-bahan untuk membuat Banana Muffins. Sebelum itu jangan lupa panaskan ketuhar dalam suhu 200°C.

1 cawan butter/marjerin
2 cawan gula castor
4 biji telur
6 biji pisang emas/montel
2 camca teh esen vanilla
4 cawan tepung gandum
2 camca teh garam
2 camca teh baking powder
1 camca teh baking soda

Mula-mula sekali, putarkan butter bersama gula castor sehingga kembang dan ringan dengan menggunakan mesin pengadun/mixer/hand mixer.

Selepas adunan butter tadi telah kembang dan ringan, masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar.


Lenyekkan pisang dan masukkan ke dalam adunan tadi. Jangan lupa masukkan juga esen vanilla. Putarkan sehingga sebati.

Di dalam bekas yang lain, gaulkan rata tepung gandum, garam, baking powder dan baking soda.

Masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung tadi dan putar sehingga sebati.

Bila dah siap, masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk muffin dan bakar ke dalam ketuhar dengan suhu 200°C selama 20 minit.

Inilah hasilnya.. Banana Muffins :D . Layan dowhh.. Tak rugi untuk anda mencuba. Selepas ini xperiment dengan Chocolate Muffin pula :D

5 Responses to “Banana Muffins”

  1. nizniz said

    salam chef….apsal carik kat care4 takde cup macam tuh…beli katne?

  2. ZUE said

    nmpk cam sedap. akak nak cube la resepi ni. mesti anak2 suke makan nie. time kasih ye..

  3. nylsay said

    wah menarik ni… nanti nak try gak

Leave a Reply