Roasted Chicken

September 27, 2008

Dah lama tak kemaskinikan blog ini, hari ini saya masak roasted chicken untuk berbuka puasa. Mama saya pula masak spaghetti bolognese. Oklah saya nak berkongsi dengan anda cara-cara nak memasak roasted chicken ini.

Mula-mula kita sediakan rempah roasted chicken ini.
+ 2 batang kulit kayu manis
+ 1 sudu makan lada hitam
+ 1 sudu makan gula
+ 1 sudu teh garam.

Kalau nak sedap lagi anda boleh menambahkan lagi kuantiti kulit kayu manis dan lada hitam mengikut selera anda.

Dalam resipi ini, kalau anda ingin menambah lada sulah pun boleh. Saya tak letak dalam resipi ini kerana lada sulah tiada di dapur saya :) . Kisar kering kesemua rempah tadi dan jangan kisar hancur sangat!..

Selepas itu, masukkan rempah tadi ke dalam perut ayam.

Sapu rata rempah tadi sehingga rata di atas permukaan perut ayam itu.

Ini pula bahan-bahan untuk menghitamkan badan ayam.
+ 3 sudu makan kicap pekat
+ 2 sudu makan sos tiram
+ 3 sudu makan madu asli

Gaul kesemua bahan tadi hingga sebati.

Sekarang kita sapu rata sos kicap tadi ke atas badan ayam sehingga rata. Sekarang panaskan ketuhar 200°c selama 40 minit. Biarkan ayam itu sebentar supaya dia mesra dengan rempah dan sos kicap itu.

Masukkan ayam di dalam ketuhar. Biar ayam dibakar selama 40 – 60 minit mengikut saiz besar ayam tersebut.

Sekarang ayam telah pun masak. Oh ayam itu bukan hangit ye!. Itu kerana madu apabila terkena bahang api, menyebabkan lapisan kulit ayam tersebut seolah-olah terbakar. Melainkan jikalau ketuhar anda mempunyai fungsi khas yang membolehkan ayam itu berpusing-pusing, barulah ayam itu dibakar dengan sama rata.

Bahan-bahan untuk membuat Sos BBQ cara mudah!.
+ 1 sudu makan sos tomato
+ 1 sudu makan sos cili
+ 1 sudu makan madu asli

Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.

Ini hasilnya, Roasted Chicken served with BBQ sauce.. Maaf laa yek tak sempat saya nak hiaskan ayam nie.. sebabnya tengah buka puasa heheheh :D

19 Responses to “Roasted Chicken”

  1. farid said

    pergh… meleleh beb… huhu..

  2. jasmine said

    boleh try ni. tapi takde oven plak. haha

  3. o.d said

    nizam, kalo od nak buat bukan ngan ayam seekor tapi ayam dah potong2…camne nak taruk rempah tu? pastu sos tu?

    hehe mcm best nak try

  4. Nizam said

    kalau nak buat ayam potong2… lumur aje sos tu… pastu baru tabur rempah tadi…. oh jangan lupa guna aluminium foil untuk balut ayam tu supaya tak hangit.

  5. o.d said

    ooh begitu. nasib baik tanya… kalo x hangit la ayam od :D ..nyam2 nak buat ahad ni la…nyam3

  6. o.d said

    dah buat!! dan dah makan pun! tak sempat tunggu Ahad, mmg sedap lazat!!! sos BBQ mudah tu mmg rase cam sos BBQ sebenar…thanks nizam for the great recipe :D

  7. apis said

    setiap kali aku bukak blog ni aku mesti lapas… aku nak try buat ayam ni akhir minggu ni..

  8. hi Nizam, I tengah carik resipi nasi lemak, terjumpa blog u. I nak try buat nasi lemak u … Tapi resipi ayam ni lagi menyelerakan :) I nak cuba masak dua2 sekali next week. Thanks bro!
    barb

  9. asyraf said

    eh boleh ka balut dgn aluminium foil ayam tu ? dlu penah bakar ayam dlm aluminum foil tp last2 dia mcm broil aja.. x da kesan bakar pun.. ayam mcm kena kukus..

  10. asyraf said

    nizam, ada resipi ayam percik x ? utk buat berbuka.. hehe.. tq

  11. umiana said

    resepi ni ku dh gnekn tuk exm bru2 ni…
    thniah!!!ku llus…
    len kli blh la tru lg…
    erm,awk ni kiut…
    dh 2 pndai msk…
    untung ur wife…

  12. whiteMelur said

    Bro.
    tq`s mmg sedap bro.

Leave a Reply