Dah lama tak kemaskinikan blog ini, hari ini saya masak roasted chicken untuk berbuka puasa. Mama saya pula masak spaghetti bolognese. Oklah saya nak berkongsi dengan anda cara-cara nak memasak roasted chicken ini.

Mula-mula kita sediakan rempah roasted chicken ini.
+ 2 batang kulit kayu manis
+ 1 sudu makan lada hitam
+ 1 sudu makan gula
+ 1 sudu teh garam.
Kalau nak sedap lagi anda boleh menambahkan lagi kuantiti kulit kayu manis dan lada hitam mengikut selera anda.
Dalam resipi ini, kalau anda ingin menambah lada sulah pun boleh. Saya tak letak dalam resipi ini kerana lada sulah tiada di dapur saya
. Kisar kering kesemua rempah tadi dan jangan kisar hancur sangat!..

Selepas itu, masukkan rempah tadi ke dalam perut ayam.

Sapu rata rempah tadi sehingga rata di atas permukaan perut ayam itu.
Read the rest of this entry »