Kek Coklat
June 24, 2008

Kali ini saya nak masak kek coklat. Bahan-bahannya adalah seperti berikut :
225g Mentega
450g Gula putih (nak guna gula castor pun boleh)
475ml air panas
85g Serbuk koko
9g Baking soda
2g Baking Powder
3g Garam
345g Tepung Gandum
4 biji telur
8ml esen vanilla

Pertama sekali, panaskan ketuhar pada suhu 175c terlebih dahulu. Kemudian bancuhkan serbuk koko dengan air panas. Dengan menggunakan whisk, kacau serbuk koko itu sehingga larut dalam air panas. (kalau takde whisk, pakai senduk kayu pun boleh)

Ayak tepung gandum bersama-sama garam, baking powder dan baking soda.

Sekarang mari kita mulakan proses yang mencabar. Oleh kerana mesin pengadun (mixer ler) saya ada mengalami masalah teknikal, saya akan tunjukkan cara membuat kek secara manual
. Bancuhan pertama, putarkan majerin bersama gula sehingga bancuhan itu kelihatan “ringan” dan gebu. Jika tidak, kek yang akan di masak akan menjadi berat dan ia akan membentuk lubang di tengah-tengah kek.
Tips paling penting semasa membuat kek; anda harus kekalkan arah putaran semasa memutarkan bancuhan kek ini supaya udara dapat masuk ke dalam adunan ini. Ini kerana udara dapat membantu dalam proses penaikan adunan yang cantik. ( kalau ikut arah jam… kekalkan aje )

Bila dah gebu macam ini, masukkan telur satu per satu dan kacau. Jangan lupa masukkan esen vanilla.

Sekarang kita masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Proses memutar bancuhan kali ini berlainan pula. Samada kita membuat pergerakan arah nombor 8 ataupun 4 (seolah-olah anda sedang menulis) dan kekalkan putaran tersebut. Saya memilih untuk memutarkan bancuhan mengikut pergerakan nombor 8.

Lepas itu, masukkan pula bancuhan coklat sedikit demi sedikit. Cara memutar bancuhan sama seperti di atas.

Dah selesai pun proses memutarkan bancuhan, masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit mentega dan sedikit tepung untuk mengelakkan kek dari melekat di permukaan loyang kek. Ikut suka hati anda nak masukkan bancuhan kek tadi ke loyang bersaiz besar, kecil atau pun bentuk-bentuk kesukaan anda. Bakar kek di dalam ketuhar selama 20-30 minit bergantung juga pada saiz loyang kek anda dan saiz ketuhar anda.

Ok ini hasil kek colat kita… sedap oooo kek nie..
cuba laa
Resipi ini saya ambil di allrecipe.com.
err..
macam mana ko cream kan butter dgn gula tu tanpa mixer eh..?
lama tak pukul dgn sudip kayu tu?
ye laa dengan sudip kayu la… mula2 aku kasi butter tu lembik dulu… dah laa beku… terpaksa potong kecik2…
kalau dgn mixer dalam 5 minit pukul utk gebu, kalau pakai tangan, berapa lama..? ehehe..
aku nak buat la..
sebab tepung gandum dia perlukan 345gm.. no. tu lawa..
hahaha
aku rasa 15-20 minit aku duk pukul.. mau rasa nak nangis aku
Kek coklat feveret ku! sedapnye! nanti mahu cuba.
oh nampak botol herbalife..
wakaka nampak yek botol tu
dah cuba! mmg betul2 sedap…huhu, od buat frosting sekali…memang menjilat jari wa cakap lu!
ni resipi frosting yang o.d guna:
1/3 cup butter (75g)
8 oz semisweet chocolate (220g)
2 tablespoon light corn syrup (o.d takde so o.d buat air gula je)
2 tablespoon hot espresso/strong coffee (o.d takde espresso, so o.d just bancuh kopi pekat je)
ok, nak makan lagi, bye
thanks od share resipi frosting tu… pasni nak cuba plak..
alamak lupa nak tulis. resipi frosting kat atas ni, cara buat dia:
mix sume bahan dan cairkan secara double boiler. bila dah cair semua boleh sapu atas kek dan nikmatilah!
salam.sedapnya kek awak nizam.saya nak buat,tapi tak tahu berapa bnyk 2 gram baking pdr dan 9 gram baking soda.boleh tak nizam jelaskan pakai sudu je.thanks nizam.
wsalam eya… kalau nak convert gram kepada sudu… eya boleh lihat laman web ini http://www.gourmetsleuth.com/gram_calc.htm
salam.saya dah cuba buat kek ni.Bahagian atas kek ok tapi bawahnya padat je.Tak cantik macam kek nizam.But not bad rasanya. Mungkin sebab saya letak bancuhan koko yang masih panas.Sepatutnya kena tunggu bancuhan koko tu sejuk dulu kan nizam ? Help me..terima kasih
w’salam… a’ah kena biar sejuk dulu bancuhan koko tu… lagi satu… jangan letak penuh bancuhan kek dalam loyang… 3/4 aje..