Sos Tomato
June 22, 2008

Seperti biasa perkara asas untuk membuat sos dalam masakan barat, kita perlu menyediakan air stok rebusan. Klik pautan ini untuk resepi air stok rebusan. Harap maaf kualiti gambar kali ini kurang memuaskan kerana saya menggunakan PDA phone dan bukan kamera digital seperti kebiasaan. (bateri kamera dah kong
)

Panaskan olive oil (minyak zaitun), masukkan mirepoix dan 1 labu kecil bawang putih (dicincang juga). Jangan lupa masukkan juga gabungan rempah yang mengandungi campuran rempah seperti Basil, marjoram, thyme dan juga oregano yang boleh dibeli di dalam 1 botol di pasaraya berdekatan. Masak sehingga layu.

Kemudian, masukkan tomato pes dan kacau hingga rata. Sila pastikan api tidak terlalu besar ketika memasak.

Lepas itu, kita masukkan tomato concassé dan kacau sebentar.

Petua untuk memekatkan sos, kita perlu memasukkan sedikit tepung. Selepas itu kacau sebentar supaya sebati.

Masukkan air stok rebusan tadi. Kacau dan biarkan ia masak sebentar.

Apabila sos ini hampir masak, kisarkan sos ini didalam mesin pengisar. Selepas itu masukkan kembali sos ini ke dalam periuk. Akhir sekali perasakan sos ini dengan garam dan lada sulah. Jikalau nak rasa pedas sedikit, anda boleh masukkan sedikit lada hitam yang telah dihancurkan.
arrrrr bikin gila! o.d nak bookmark blog nizam ni!
hehe terima kasih…