Pizza

June 22, 2008


Saya rasa dah lama tidak membuat pizza. Rasanya sudah belasan tahun agaknya sejak saya meninggalkan Sekolah Menengah Vokasional Sainsrumahtangga (SRT) Setapak Kuala Lumpur. Selalunya kami sekeluarga hanya membeli saja. Ok bahan-bahan untuk membuat doh pizza.. (Sebelum itu panaskan ketuhar di dalam 150-200 degree)

2 sudumakan  Olive oil (minyak zaitun)
1½ cawan air suam
3½ cawan tepung gandum (kalau pakai tepung roti lagi elok kerana ia berprotein tinggi),
1 paket yis segera, garam dan gula.
2 suduteh garam
1 suduteh gula


Mula-mula, kita gaulkan tepung bersama yis segera, garam dan gula. Kalau nak ikutkan cara yang betul kita perlu rendam yis segera dengan air suam, supaya yis itu dapat berkembang.. Hahaha lupa beb.. tapi hasilnya jadi gak pizza yang saya buat :D .


Kalau anda ada mesin pengadun yang besar seperti kitchen Aid, anda masukkan sahaja kesemua bahan tadi. Kalau takde, anda buatkan doh ini di atas permukaan rata seperti kepingan jubin marble yang ditempah khas untuk mencanaikan doh, meja stainless steel ataupun meja makan pon boleh laa… janji tempat kerja anda dibersihkan dahulu sebelum melakukan proses membuah doh ini.

Dalam gambar ini, saya membuat doh di dalam mangkuk pengandun (mixing bowl) .. letih kalau uli doh di dalam mangkuk ini. Saya nasihatkan jangan ikut cara saya. Sekarang masukkan olive oil dan gaul hingga sebati.


Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dah gaul hingga rata.


Uli adunan tadi sehingga boleh membuat bentuk bulat. Jika adunan ini lembik dan melekit, masukkan sedikt tepung gandum dan uli hingga sebati. Apabila doh ini boleh dibentuk, basahkan sehelai kain hingga lembap dan tutup mangkuk adunan tadi dan biarkan selama 1-1½ jam. Biarkan adunan ini naik bersaiz 2 kali besar dari asal. Saya lebih suka meletakkan di sebelahan dengan ketuhar.


Apabila dibiarkan selama 1-1½ jam, adunan doh (gambar di atas) naik 2 kali ganda dari asal. Tumbuk adunan doh ini supaya dapat mengeluarkan angin yang terdapat di dalam doh tersebut. Kita uli kembali adunan tadi.


Agak sukar jikalau kita menguli adunan ini di dalam mixing bowl. Melambatkan proses kerja dan meletihkan. Uli doh sehingga kita boleh membentuk bulat seperti ini.


Kemudian bahagikan doh kepada 2-3 bahagian. Bergantung juga pada pizza pan yang anda ingin pakai. Di dalam kes ini, saya hanya memakai loyang kek bersaiz 4 segi. Bentukkan doh menjadi bulat besar. Bermula dengan menekan doh di bahagian tengah dan bahagian tepi ditarik-tarik. Rehatkan doh pizza ini sebentar.


Letakkan sedikit olive oil di atas permukaan pizza. Selepas itu sapukan sos tomato sehingga rata.


Taburkan keju mozzarella, bahan-bahan topping mengikut kesukaan anda seperti bawang besar, sosej, lada bengala, nenas, tomato, cendawan butang dan sebagainya. Jangan lupa taburkan juga rempah oregano.


Ini hasilnya… kalau boleh kulit pizza itu lagi nipis lagi sedap… :D

9 Responses to “Pizza”

  1. anajin said

    aku sudah try ini pizza dan improv ikut style aku chef…
    mantap cara ko ajar buat doh tu…
    bila kita nak buat channel masak masak kita ni…
    lepas raya ni blh kot…
    amacam branie…

  2. Nizam said

    aku ok jer… leh ajak freak skali… dia tu dari haritu ajak aku masak hahahha

  3. Alauddin Riayat Syah said

    bila tu ..nak bikin?

  4. o.d said

    nizam jahat, buat pizza tunjuk gambar masa bulan pose…hohoho….od nak

    p/s: nape kalo uli dalam mixing bowl letih?

  5. Nizam said

    selalu kalau uli secara manual… orang uli doh diatas permukaan rata.. senang nak uli… kalau pakai mixing bowl susah nak uli… lagi letih ade laaa..

  6. azie said

    ni piza nak bakar lama mana??

  7. Nizam said

    20-25 minit dengan suhu 400 – 450°F atau 200-230°c

  8. azuin vulpine said

    bagus la web awk ni. penerangan ttg bahan dan cara memasak yg jelas. terima kasih.

Leave a Reply