Lasagna

March 6, 2008


1)Sebelum itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 200◦C. Selepas itu, sapu rata kesemua permukaan loyang bakar dengan sedikit marjerin. Kemudian masukkan sos Béchamel sehingga meliputi permukaan loyang bakar tadi. Klik link sos Béchamel untuk mendapatkan resipinya.


2)Sekarang, letakkan kepingan pasta lasagna di atas sos Béchamel tadi.


3)Masukkan sos bolognese dan diikuti dengan sos Béchamel di atas kepingan pasta lasagna tadi. Lepas itu taburkan parmesan cheese ataupun cheddar cheese.. ikut suka anda :D . Untuk resipi sos bolognese


4)Lepas itu, ulang proses tadi, letakkan kepingan pasta lasagna menutup permukaan sos-sos tadi.


5)Akhir sekali, masukkan sos Béchamel sehingga menutup kesemua permukaan pasta dan taburkan cheese ke atasnya. Kemudian bakar di dalam ketuhar dengan kepanasan 200◦C selama 20-30 minit. 

5 Responses to “Lasagna”

  1. ajeed said

    sedapnye bro. buatkan aku satu ye, hehehhe rasa ko patut bukak kedai ar, xpon amik order dari org ramai. masyuuuuk beb

  2. Nizam said

    hehe x minat buka kedai… aku suka masak jer..

  3. Farihna said

    ehh nizam… buat lasagna tak ajak :(
    sedih2x… nampak sedap tulll…
    hehehe

  4. izan said

    kepingan pasta lasagna tu..mmg beli dah siap ek?

  5. Nizam said

    pasta lasagna tu ade jual dalam kotak.. dalam bentuk kepingan kira dia bleh precook terus dan tak payah nak rebus.

Leave a Reply