Nasi Lemak

March 9, 2008


1)Bahan-bahan utama untuk memasak nasi lemak, serai dan halia  dititik/diketuk, bawang merah dihiris halus dan daun pandan.


2)Beras ponni 3 cawan dibasuh dan ditoskan airnya.
Read the rest of this entry »

Sambal Kosong

March 9, 2008


1)Untuk sambal kosong kita perlukan; bawang merah 15biji, bawang putih 6-7biji, halia 1 inci, cili kering 10 biji dipotong kecil & direndam di dalam air panas, 1 inci belacan. Kesemua bahan tadi dikisar halus.


2)Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan ia masak sehingga pecah minyak.

* Dalam gambar ini xde serai dan daun pandan.. kalau boleh letakkan daun panda dan serai untuk menambahkan aroma di dalam sambal ini.

Read the rest of this entry »

Ayam Goreng Berempah

March 9, 2008


1)Bahan-bahan untuk memerap ayam goreng berempah; bawang merah & halia dikisar halus.


2)Masukkan bahan-bahan kisar tadi ke atas ayam. Campurkan sekali serbuk kunyit 3 sudu, serbuk kari ayam/daging 1 paket kecil, serbuk jintan manis & jintan putih 3 sudu, serbuk ketumbar 1 sudu, garam secukup rasa dan daun kari.
Read the rest of this entry »

Lasagna

March 6, 2008


1)Sebelum itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 200◦C. Selepas itu, sapu rata kesemua permukaan loyang bakar dengan sedikit marjerin. Kemudian masukkan sos Béchamel sehingga meliputi permukaan loyang bakar tadi. Klik link sos Béchamel untuk mendapatkan resipinya.


2)Sekarang, letakkan kepingan pasta lasagna di atas sos Béchamel tadi.


3)Masukkan sos bolognese dan diikuti dengan sos Béchamel di atas kepingan pasta lasagna tadi. Lepas itu taburkan parmesan cheese ataupun cheddar cheese.. ikut suka anda :D . Untuk resipi sos bolognese
Read the rest of this entry »

Béchamel

March 6, 2008


1)Bahan-bahan untuk membuat sos Béchamel. Kita buat roux putih dahalu. Panaskan marjerin. Sementara menunggu marjerin cair, anda bolehlah memanaskan 2 kotak susu segar.


2)Kemudian buat Beurre manié iaitu masukkan 1 cawan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.


3)Jangan lupa.. letakkan juga Onion pique (pikir).. iaitu bawang besar di belah 2, bunga cengkih dicucuk di atasnya dan  ditengahnya  dibelah sedikit supaya boleh diselitkan bayleaf.. nampaknya saya terlupa letak bayleaf kat tengah bawang itu :D .
Read the rest of this entry »