Dalca Sayur

February 26, 2008


1)Bahan-bahan untuk dalca sayur; lobak merah, kentang, kacang bendi & terung. Kacang dal (tiada dalam gambar) direndam di dalam mangkuk sehingga kembang sedikit.


2)Basuh kacang bendi terlebih dahulu sebelum potong. Kalau tak nanti kalau potong terlebih dahulu dan kemudian basuh… lendir pada kacang bendi akan keluar.


3)Potong lobak merah & terung  dalam 4 segi panjang. Kentang pula jika panjang belah dibelah 6.


4)Kisar halus bawang besar ataupun bawang merah, bawang putih, halia dan serai.


5)Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar berserta 4 sekawan; kulit kayu manis, biji pelaga, bunga lawang dan juga bunga cengkih. Tumis sehingga layu dan wangi. Jangan lupa kalau ada daun kari… masukkan juga ya!.


6)Bancurkan 1 paket kecik kari daging dan campurkan dengan 1 sudu serbuk jintan manis, 1 sudu serbuk jintan putih & 1 sudu serbuk ketumbar. Masukkan sedikit air dah gaulkan rempah kari sehingga sebati.


7)Masukkan rempah kari tadi dan kacau sebati. Biarkan ia masak sebentar.


8)Jika adunan kari nampak kering, masukkan sedikit air. Selepas itu masukkan kacang dal yang telah direndam tadi.


9)Bila kari tadi sudah masak, masukkan 1 paket santan pekat dan 2 cawan air. Sukatan air ini ikut kepekatan yang anda inginkan.


10)Bila santan sudah mendidih, masukkan kentang & lobak merah. Sekali sekala kacau kuah kari ini supaya santan tidak pecah. Kalau kuah agak pekat.. anda boleh laa masukkan sedikit air.


11)Sekarang kentang & lobak merah sudah empuk… barulah kacang bendi & terung dimasukkan. Gaulkan sayur tadi sehingga sebati dan biarkan ia masak sebentar. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.

About these ads

5 Responses to “Dalca Sayur”

  1. momma said

    bestnya ada step by step.tengah nak cari resipi buat dalca sebenarnya ni.

  2. Juadah said

    Saya pun tengah cari step nk buat dalca. Tq cik Nizam atas panduannya

  3. rina said

    Salam, mesti try utk open house penutup raya sabtu ni. Tq sgt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: