Sos Bolognese
January 24, 2008

1)Langkah pertama sekali, siapkan air stok rebusan terlebih dahulu. Kita juga boleh menggunakan tulang ayam ataupun tulang lembu yang telah dibakar di dalam ketuhar. Dalam masakan kali ini saya menggunakan beberapa ketul ayam. Bahan-bahan lain adalah seperti mirepoix iaitu carrot, celery, bawang besar, bayleaf dan juga gabungan rempah untuk sos bolognese.
Rempah ini boleh dibeli dalam 1 botol di pasaraya berdekatan. Dalam 1 botol tersebut mengandungi campuran rempah seperti Basil, marjoram, thyme dan juga oregano. Jangan lupa masukkan air juga. Kemudian renehkan secara perlahan dengan menggunakan api yang perlahan selama 1 jam atau lebih. Tujuan utama kita merenehkan air stok rebusan ini dengan menggunakan api yang perlahan.. supaya jus-jus pada ayam dan kesemua bahan-bahan tadi mesra/masak secara perlahan untuk mendapatkan air stok rebusan yang sedap.
Nisbah mirepoix:- 2:1:1:1
contoh; bawang besar 200g, celery 100g, carrot 100g dan leek 100g.
Dalam masakan ini saya tidak menggunakan leek. Maka ratio untuk mirepoix ini adalah bawang besar 200g, celery 150g dan carrot 150g. Kesemua bahan ini utk 1 gallon air stok rebusan.

2)Ini adalah mirepoix untuk menumis. Ratio seperti di atas juga. Kesemua bahan tadi seperti celery, carrot dan juga bawang besar dipotong dadu kecil.

3)Panaskan mentega di dalam kuali dan masukkan mirepoix yang telah dipotong dadu kecil tadi. Masukkan juga rempah seperti bayleaf dan juga gabungan rempah untuk sos bolognese ini. Biarkan mirepoix ini masak hingga layu.
*Selain mentega, kita boleh menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa sawit & minyak jagung.

4)Masukkan tomato puree dan kacau sampai sebati.

5)Kemudian masukkan daging cincang dan kacau supaya sebati dengan bahan bolognase tadi supaya daging cincang ini tidak bergentel.

6)Lepas itu, kita masukkan sedikit tepung gandum sebagai bahan pemekat.

7)Masukkan pula tomato concassé iaitu tomato yang telah dibuang kulit dan bijinya, kemudian dipotong dadu kecil kedalam sos bolognase ini.

8)Akhir sekali, masukkan air stok rebusan ke dalam sos bolognase ini. Kacau perlahan-lahan dan kecilkan api. Biarkan sos ini mereneh secara perlahan dan masak sehingga sos ini kelihatan pekat. Jangan lupa, kacau sos tersebut supaya tidak hangit.

9)Masukkan garam secukup rasa dan biar sebentar. Masak sehingga sos kelihatan pekat.
Iskk banyak nye masak.. untuk brape orang makan ni? Buat party ke? Cool la ade nisbah2 tu..
dalam 10 orang bleh laa makan kut…
[...] 3)Masukkan sos bolognese dan diikuti dengan sos Béchamel di atas kepingan pasta lasagna tadi. Lepas itu taburkan parmesan cheese ataupun cheddar cheese.. ikut suka anda
. Untuk resipi sos bolognese… [...]
masukan tepung gandum….betul ker…?
tepung gandum adalah agen memekat…