Sos Bolognese

January 24, 2008


1)Langkah pertama sekali, siapkan air stok rebusan terlebih dahulu. Kita juga boleh menggunakan tulang ayam ataupun tulang lembu yang telah dibakar di dalam ketuhar. Dalam masakan kali ini saya menggunakan beberapa ketul ayam. Bahan-bahan lain adalah seperti mirepoix iaitu carrot, celery, bawang besar, bayleaf dan juga gabungan rempah untuk sos bolognese. 

Rempah ini boleh dibeli dalam 1 botol di pasaraya berdekatan. Dalam 1 botol tersebut mengandungi campuran rempah seperti Basil, marjoram, thyme dan juga oregano. Jangan lupa masukkan air juga. Kemudian renehkan secara perlahan dengan menggunakan api yang perlahan selama 1 jam atau lebih. Tujuan utama kita merenehkan air stok rebusan ini dengan menggunakan api yang perlahan.. supaya jus-jus pada ayam dan kesemua bahan-bahan tadi mesra/masak secara perlahan untuk mendapatkan air stok rebusan yang sedap.

Nisbah mirepoix:- 2:1:1:1
contoh; bawang besar 200g, celery 100g, carrot 100g dan leek 100g.
Dalam masakan ini saya tidak menggunakan leek. Maka ratio untuk mirepoix ini adalah bawang besar 200g, celery 150g dan carrot 150g. Kesemua bahan ini utk 1 gallon air stok rebusan.


2)Ini adalah mirepoix untuk menumis. Ratio seperti di atas juga. Kesemua bahan tadi seperti celery, carrot dan juga bawang besar dipotong dadu kecil.

Read the rest of this entry »

Rendang Ayam

January 23, 2008


1)Bahan-bahan untuk membuat rendang ayam.. Serai, halia, bawang besar, lengkuas dan sedikit bawang putih. Kuantiti bahan-bahan yang saya tunjukkan ini adalah anggaran untuk 2 ekor ayam


2)Hiriskan bahan-bahan tadi secara kasar.. Sementara itu potong dan rendamkan 30 biji cili kering dengan air panas.
Read the rest of this entry »

Hello world!

January 23, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!